Cuba tengok gambar di sebelah.
Inilah ABC yang saya order ketika melepak di salah sebuah kedai Kopitiam bersama dengan kawan-kawan.Ini adalah kali pertama saya order ABC di sini memandangkan jam dah lebih dari 9pm.Awalnya saya taknak makan tapi mesti kawan-kawan rasa tak best kan bila diorg makan tapi saya tak.Jadi saya order ABC untuk elak dari makan makanan berat.
Komen saya tentang ABC ni okay la.Tak terlalu manis dan ada rasa durian sikit(order ABC durian).Saya bayangkan ada durian seulas ataupun isi durian yang berkrim dalam ABC tapi sangkaan saya meleset.Tak nampak pun kat mana duriannya dan bila makan lidah memerlukan deria yang baik untuk merasai rasa durian.
Secara keseluruhan ABC Durian ni not bad.
Thursday, 21 December 2017
Friday, 15 December 2017
Beringatlah Jika Anda Pengggemar Makanan Kampung
Makanan kampung merupakan makanan yang simple dan murah namun digemari oleh setiap orang.Hidangan ini juga bukan sahaja popular di kawasan kampung bahkan cukup popular di bandar.Haa orang bandar yang kaya raya pun suka tau.Jangan tak percaya.Korang tak perlu sediakan bahan-bahan yang pelik dan mahal dalam penyediaan masakan kampung cukuplah sekadar daun-daun kayu dan bahan-bahan biasa yang ada di rumah.
Tapi awas jika korang terlalu sukakan dengan masakan kampung kerana makanan ini boleh menjadikan seseorang itu gemuk dalam jangka masa yang singkat.Pernah korang timbang berat badan selepas pulang dari kampung? Atau ada yang menegur kamu nampak berisi selepas bercuti dari kampung?
Cuba bayangkan kalau sekarang ni terhidang ikan bakar,sambal belacan,ulam petai,tenggek burung dan nasi panas di depan mata korang,adakah korang akan menolak dan memilih untuk makan makanan yang mahal?Pastinya tidak kan? Sudah menjadi kebiasaan apabila pulang ke kampung nafsu makan menjadi buas.Makan,makan,makan dan makan lagi.Lebih teruk lagi makannya sentiasa bertambah.
Budu cukup popular dalam hidangan orang Kelantan.Saya juga tahu bahawa orang bukan Kelantan pun ramai yang sukakan budu.Budu ni sedap kalau dilenyek dengan cili,diperah asam limau dan diletakkan tempoyak.
Ikan goreng kunyit,sambal cili,ulam terung dan bendi yang dicelur,sambal cili special untuk perut dan perut lembu.Ini adalah yang saya makan ketika pulang ke kampung baru-baru ini.
Ini adalah hidangan kepada kawan yang datang ke rumah dan dibawanya petai dan popia goreng yang dibelinya di pasar malam on the way ke rumah saya..Saya pula masak sambal udang,sambal cili dan goreng ayam untuk dinner kami.
Kalau gini la makan hari-hari mau tak bertambah berat badan.Jadi kena la berjaga-jaga sekiranya menikmati hidangan kampung dan simple kerana hidangan ni boleh menjadikan kita ni menjadi gemuk.
Kena ingat nak kurus bukan senang tau!!
Tuesday, 12 December 2017
Murah Dan Sedap Di Polperro Steak House Shah Alam Seksyen 7
Ketika kaki ni pertama kali melangkah ke sini dulu mula mula
fikir mesti mahal seperti restoran restoran yang lain.Tapi takpe lah bukannya
nak datang makan setiap masa kat sini kan.Ntah-ntah ni kali pertama dan
terakhir.Ooopppss.Masa tu bukan main Confident lagi cakap macam tu walhal belum
pun lagi tengok menunya.Masa ni kami saya ambil ruang bahagian dalam restoran dan
tepi dinding sebab nak duduk selesa sikit.Citu ada sofa.Hehehe.
Kali kedua saya pergi baru je lagi sebab teringin sangat nak
makan chicken chop.Kali kedua? Haaaa ni saya ni kongsi cerita dengan korang
ni.Masa first time pegi bukan main lagi kan saya fikir mungkin itu kali
terakhir saya makan di sini tapi saya silap.Kali ni saya datang lagi dengan
rasa gembira dan tak malu dengan kata-kata saya sebelum ini.Hahaha.
Apa yang menarik di sini ialah tentang harga makanan yang
murah diberikan kepada setiap menu yang ditawarkan.Portion yang diberikan juga
cukup besar dan begitu mengenyangkan.Eh bukan,paling tepat ialah terlebih
kenyang sebenarnya jika makan di sini.Korang juga tak perlu susah-susah tambah duit untuk order side dish sebab
main dish pun jenuh nak menghabiskannya.Tapi jika Korang adalah orang yang
berselera besar mungkin takde masalah nak order lebih dari satu menu.janji
korang boleh habiskan.Membazir itu saudara syaitaannn.
Gambar kat bawah ni ketika kali kedua saya makan di
sini.Chicken Chop Rm9.90 sahaja.Saya ulangi hanya RM9.90 sahaja.Jus orange yang
saya order juga hanyalah RM3.50.Mungkin ada yang fikir ‘alaaaaa tempat lain ada
je chicken chop yang harga rm6.90 je’.Saya nak bagitau sebenarnya harga ni
cukup murah bagi sesebuah restoran western apatah lagi saiz hidangan yang
besar.
Sesiapa yang belum pernah cuba makan kat sini saya sarankan
agar korang pergilah cuba makan di sini.Dah cuba nanti jangan lupa share
pendapat korang ya.
Alamat : 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5pm - 1.30am
Alamat : 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5pm - 1.30am
Monday, 4 December 2017
Chicken Dumpling Soup Yang Lazat Di Chicken Rice Shop
Dinner di Chicken Rice Shop bukanlah pengalaman baru bagi saya kerana restoran ni sudah disenaraikan sebagai restoran kegemaran saya.Hearty Value Meal sudah menjadi pilihan utama saya dan sudah pasti saya memilih Hainanese Chicken Rice Meal lagipun set ni sekali dengan pie tie kegilaan saya.Pernah tak korang makan di pie tie di sini? Mesti pernah kan? Jika makan pie tie sedap sangat kalau korang letak sambal cili yang diberi dan sedikit halia hancur tu dan makan pie tie tu dengan sekali ngap je.Tetiba meleleh pula air liur ni.
Untuk kali ni saya order meal set seperti biasa dan kawan saya order chicken dumpling soup sebagai tambahan.This is the first time saya makan chicken dumpling soup di sini and what can i say is absolutely delicious.Really.Di bawah ni saya sertakan gambar chicken dumpling soup yang ada di Chicken Rice Shop.Nampak lazat kan?
Untuk kali ni saya order meal set seperti biasa dan kawan saya order chicken dumpling soup sebagai tambahan.This is the first time saya makan chicken dumpling soup di sini and what can i say is absolutely delicious.Really.Di bawah ni saya sertakan gambar chicken dumpling soup yang ada di Chicken Rice Shop.Nampak lazat kan?
Friday, 1 December 2017
Resepi Sup Sayur Kentang Yang Enak Dan Simple
Malam-malam ni perut tetiba lapar tapi malas pula saya nak masak nasi.Saya fikir kalau masak nasi jenuh jugak nak menunggu nasi tu masak.Itu belum campur lagi nak kena buat lauk yang masih berada di tempat beku dalam peti.Boleh ke perut saya yang tengah seronok bernyanyi-nyanyi ni bertahan.Kalau buat air makan dengan biskut confirm perut yang tengah kebuluran ni tak boleh kenyang.Adoiii pening ah.
Hah senang-senang buat sup.Kentang dengan sayur pun ada nih.Nak masak sup bukannya susah pun kan main campak-campak je dalam periuk.Takde skil masak pun boleh jadi sup.Kacang je ni.
Kat bawah ni saya share resepinya.
Bahan-bahan
- Ubi kentang
- Carrot
- Sawi
- Tomato cherry
- Kubis
- Kiub pati ayam knorr
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada hitam
- Cili burung
Cara membuatnya
- Tumis dulu bawang putih dan merah yang telah dipotong.Guna sedikit sahaja minyak masak ya lebih kurang satu sudu makan.
- Masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu.Kalau nak potong besar-besar pun boleh tapi kena masak lama sikit bagi kentang tu empuk.
- Masukkan segelas air.Kalau nak kuah sup lebih boleh bubuh dua gelas air.
- Masukkan satu kiub pati ayam Knorr dan biarkan memdidih sehingga ubi kentang hampir masak.
- Kacau sekejap kemudian masukkan kesemua sayur yang dipotong serta cili.
- Apabila sayur dah masak boleh la kalau nak tutup api dapur.
- Hidang ketika sup masih panas dan sebelum makan tambahkan serbuk lada hitam,bawang goreng dan perahan air asam limau.
Haa simple saja kan..10 minit je masak dah boleh makan.Selamat mencuba!
Thursday, 23 November 2017
Gemarkan Makanan Jepun?Sushi King Adalah Pilihan Yang Tepat
19 November 2017
Yeeahh kali ni dapat jumpa my bestfriend again di tempat yang sama iaitu Kl Sentral lepas tu kami sama sama bergerak ke Times Square Kuala Lumpur menaiki Monorail.Actually kami takde plan apa apa pun cuma kami hanya nak habiskan masa cuti bersama-sama itu saje.Bukan senang tau nak jumpa dia sebab cuti dia ni agak complex sikit,kadang hari sabtu,kadang hari ahad,kadang hari isnin,kadang hari selasa hah macam tu la cuti dia.Saya pula maintain je hari ahad dan public holiday.Bila roaster dia keluar je dia akan tengok date cuti dia yang jatuh hari ahad pastu dia akan bagitau saya jika ada.Saya akan block kan date tu untuk khas untuk dia je.Hehehe
Tiba di Times Square pukul 11 lebih kitorang terus putuskan tempat makan untuk lunch.Banyak pula tempat makan yang dia pilih last last kitorang putuskan makan di Sushi King.
Sushi King?Saya bukan la penggemar makanan jepun tapi saya suka mencuba.Ini lah kali pertama saya masuk restoran Sushi King so let's try.
Sebelum ni pernah juga la nak cuba makan di Sushi King tapi takut tak boleh telan pula makanan yang popular kat jepun ni jadi perasaan beriya-iya sangat nak mencuba tu takde.Berbeza pula kali ni saya agak teruja untuk merasai makanan di Sushi King.Melihat segala rupa sushi yang melalui belt bagi saya sangat la cantik dan kemas.
![]() |
Ebi Ten |
![]() |
Premium Salmon |
![]() |
Inari Boat Tuna Mayo |
- Ebi Ten : Meletakkan 2 ekor udang yang disalut dengan tepung dan digoreng garing.Kemudian udang tu dibalut dengan seaweed bersama dengan nasi.Rasanya agak kering jika tidak dicicah dengan kicap yang disediakan.But I love this one.
- Premium Salmon : Hirisan salmon yang segar diletakkan di atas nasi.Itu je.Saya pernah beli di Aeon Mall yang dah siap pack tapi di sini rasanya jauh berbeza.I mean lebih sedap dan kerana itu saya boleh habiskannya tapi bukan favourite saya.Sori.
- Inari Boat Tuna mayo : Saya tak pasti dengan yang ini.Saya fikir ini adalah tauhu yang disumbat dengan sayur timun yang diparut,isi tuna serta mayo.I think so.hahahaha.However saya sukakannya.
Bento
Bento adalah Lunch box yang popular di jepun.Ianya bukanlah perkara yang pelik jika rakyat jepun membawa bento ke mana saja mereka pergi.Kat bawah contoh bento yang ada di Sushi King.
![]() |
Yakiniku Chicken Katsu Bento |
![]() |
Unknown sebab member saya yang order. |
Monday, 20 November 2017
Mee Sedap Tanpa Bahan Pengawet 100% Asli
Okay cite ni berlaku last week pada hari sabtu pukul 2pm dimana my friend Kak Zue yang saya dah anggap macam kakak saya jemput saya dari tempat kerja.Dia mintak saya temankan dia pergi tesco Shah Alam nak beli makanan kucing katanya.Ok la saya setuju temankan dia pergi beli makanan kucing di tesco.Pada awalnya takde la plan nak makan sebab katanya sekejap je.Tapi biasa la kan kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.
Alaaa korang pun mesti biasa macam ni kan,lain yang dirancang lain pula yang jadi.Saya sendiri pun asalnya nak temankan dia beli makanan kucing je tup tup saya pula yang shopping kat tesco tu.Alaahaiii.Takpe la shopping barang dapur je bukan barang yang bukan bukan.Sakit hati bila sampai di kaunter bayaran takde plastik.Nak bayar 20sen pun taknak bagi.Aduiiiiii sumbat la segala sayur dan botol kicap dalam handbag.
Lama pulak kitorng kat tesco ni.Makan la dulu.Ada satu gerai kat food court ni mee yang disediakan merupakan mee yang dia buat sendiri.Haa jangan tak percaya.
Ni haaaa saya lupa nama dia.Ermmm maybe Chicken Qinghai Noodles or Chinese Qinghai Noodles? Gerai ni ada di food court Tesco.Biasanya kita memang tak peduli kan no gerai?kita lebih fokus apa yang gerai tu jual betul tak?Jadi gerai yang mana tu saya tak tau boleh buat tinjauan sendiri kalau ke food court tesco Shah Alam.Soriiii.
Tengok la mee dia fresh gitu.Try la.Bagi saya memang sedap.Korang nak tau kenapa? Sebab saya tak minat mee tapi kalau makan kat sini saya boleh habiskan satu pinggan tu sekejap saja.Gambar kat atas tu saya punya mee,Chinese Qinghai Noodles namanya.I think so.hahaha.Lupa nama dia.But nama Qinghai Noodles tu pasti.
Kat atas ni pula Beef Noodles Soup With Veggie.Yang ini Kak Zue yang order.
So how adakah korang rasa nak cuba mee kuning ni.
Wednesday, 15 November 2017
Hot & Roll Pilihan Bijak Buat Penggemar Makan Santai
Jika anda mencari makanan simple dan cepat Hot & Roll boleh dijadikan sebagai pilihan anda.Pelbagai menu menarik disediakan di sini seperti Sweet Crispy Wrap,Sweet Paratha Wrap,Savoury Crispy Wrap,Savoury Paratha Wrap,Chapatti Wrap,Pita Wrap dan Wholemeal Wrap. Minuman juga disediakan seperti Homesoy,Orange Juice,Ice Lemon Tea,Milo dan banyak lagi.
Di bawah ni adalah senarai menu yang disedikan di Hot & Roll.Menarik kan jika melihat menu yang ditawarkan.
![]() |
BBQ Chicken Pita Wrap |
![]() |
Cheezy Beef Wholemeal Wrap |
Dari segi harga bagi saya tidaklah murah dan tidak juga mahal.Still boleh diterima kerana bahan yang digunakan juga boleh tahan mahalnya especially cheese,beef and chicken.Lagipun Hot&Roll ini bukanlah makanan yang boleh mengenyangkan perut berjam jam lamanya.Hanya sekadar buat alas perut yang kosong atau makan santai.Makanan ini boleh dikategorikan sebagai makanan santai seperti cekodok,pisang goreng,keropok lekor dan roti canai.
Thursday, 2 November 2017
DubuYo : Restoran Makanan Korea Yang Popular
Assalamualaikum
Dubuyo...First time saya kenal restoran ni ketika
saya pergi ke Sunway Putra Mall yang terletak di Jalan Putra.Tengah syok berjalan ternampak la restoran DuboYo yang mempamerkan beberapa set makanan palsu yang dijadikan contoh buat
pelanggan.Nampak menyelerakan apabila melihat set makanan yang diperbuat daripada plastik itu. I think..sebab
nampak macam plastik.hehehe
Kemudian ada pula member saya sorang ni suka sangat posting segala makanan kat facebook miliknya berkongsi tentang makanan korea.Ah maklum lah dia peminat korea dan sudah pun melawat negara kesukaannya itu.Sejak balik melancong dari Korea dia mula belajar buat kimchi dan sushi.Kadang kadang dia share makanan korea yang dia masak dan paling haru biru bila dia post yang dia makan di DuboYo..tempat yang saya teringin nak cuba makanannya.Kecewa betul rasa hati ini.
Kemudian ada pula member saya sorang ni suka sangat posting segala makanan kat facebook miliknya berkongsi tentang makanan korea.Ah maklum lah dia peminat korea dan sudah pun melawat negara kesukaannya itu.Sejak balik melancong dari Korea dia mula belajar buat kimchi dan sushi.Kadang kadang dia share makanan korea yang dia masak dan paling haru biru bila dia post yang dia makan di DuboYo..tempat yang saya teringin nak cuba makanannya.Kecewa betul rasa hati ini.
“Satu hari nanti aku akan merasai makanan di DuboYo”.Bisik hati
kecilku.
And finally one of my bestfriend her name is Zuraizazuria
yang saya gelarkannya sebagai Zeck sebab nama dia banyak sangat huruf Z telah membawa
saya ke Du-bu-Yo…Yeaahhhh thank you Zeck.Kami pun decided untuk berjumpa di KL Sentral and
pergi ke Times Square together.So kat sini restoran DubuYo berada di Level 4 bersebelahan dengan Tokyo Kitchen.First time ni nak makan di DuboYo bukan main excited lagi
apatah lagi makan bersama bestfriend
yang jarang jarang jumpa.Berganda ganda perasaan happy saya ni tau.
Kami ambil set untuk 2 orang makan dengan harga Rm56.85 sahaja.Berbaloi yang teramat kerana ada banyak hidangan.Apatah lagi makanan korea biasanya mahal.set yang kami pilih adalah
- 2 dubu-dubu rice
- Honey garlic bulgogi(chicken or beef), or korean spicy wings or honey mustard wings
- Banchan ataupun side dish
- 2 dessert
- Soondubu Jigae(beef,chicken or seafood)
- 2 roasted barley tea
1.Nasi dubu-dubu
Nasi dubu-dubu rupa dia macam nasi dagang ataupun pulut merah.Mungkin juga boleh samakan dengan beras perang?Ermmm maybe not.Hebatnya nasi ni tidak terlalu melekit atau lembik tapi boleh dimakan menggunakan chopstik dengan senang.Rasa cam tak caya je saya guna chopstick makan nasi.
2. Korean Spicy Wings(6 ketul ayam) - *terdapat pilihan lain
Saya cuma mampu makan 2 ketul sahaja.Dah usaha dah untuk tambah 1 ketul lagi tapi tak boleh.Kenyang sangat sampai nak termuntah dah.Last last selebihnya saya minta si Zeck habiskan.Bagus kan ada member yang boleh habiskan makanan walau banyak mana pun.Membazir itukan saudara syaitaaaann.
3.Banchan ataupun side dish
3 mangkuk diberikan setiap seorang.Mangkuk kecil je don't worry.'Banchan ni terdiri daripada sayur/kimchi dan soup.Yang ni pun saya bagi member makan.Saya makan sikit je.Hahahahaha.Ntah kenapa la perut saya tak boleh nak sumbat banyak makanan masa ni.
5.Soondubu Jigae- *Beef,seafood or chicken
Untuk jigae ni kami pilih beef sebab kami dah pilih chicken wings so kami tak mau chicken lagi.Soondubu jigae ni ada tauhu,telur separuh masak,beef dan juga kimchi.
Untuk jigae ni kami pilih beef sebab kami dah pilih chicken wings so kami tak mau chicken lagi.Soondubu jigae ni ada tauhu,telur separuh masak,beef dan juga kimchi.
6.Dessert
i have no idea what they call for this dessert.Look like Tofu Fa tapi lebih sedap dari tu.Serius saya katakan memang sedap. i love it.For dessert I recomended this for everyone.Saya bukan lah pencinta makanan korea or Tofu Fa but dessert ni telah buat saya jatuh cinta.Yang kuning tu ada rasa citron.Sweet sour gitu.
7.Barley tea
First time saya minum roasted barley tea agak pelik rasanya.Sampai berkelip kelip mata cuba menyesuaikan rasa dengan lidah saya.But after beberapa kali hirup tetiba rasa sedap pula air ni.
Sementara menunggu soondubu jigae sampai kami makan dulu apa yang ada..
Walaupun meal set yang kami ambil ada banyak hidangan tapi kami tidak menunggu lama.Mereka memberi service yang tip top punya.Ketika kami makan di Times Square less than 5 minutes Barley tea,rice and banchan sampai ke kami.In 10 minutes our chicken wings pun sampai.Last soondubu jjigae pun datang la terhidang di depan mata kami.Wow less than 15 minutes only! 5*.
Jom Zeck makan lagi kat sini.Kita try menu lain pula.
Tuesday, 10 October 2017
Ikan Patin Masak Tempoyak Yang sedap
New movie title The Foreigner telah pun ditayangkan di seluruh pawagam.Cite ni dilakonkan oleh one of the most my favourite actor Jackie Chan so saya taknak ketinggalan menyaksikan filem lakonannya.Hari sabtu 7 Oct 2017 jam menunjukkan pukul 2.05pm dah terlepas untuk tayangan 1.55pm.Next waktu tayangan pula lambat lagi iaitu pukul 4.05pm.Terpaksalah tunggu lagi 2 jam.
Ok takpe lah sambil nak tunggu lagi 2 jam tu boleh la lunch dulu kat mana mana kedai berhampiran.Ketika ni saya bersama dengan member satu tempat kerja dan dia pun bawalah la saya ke kedai makan yang tak pernah saya kunjungi.Banyak juga pilihan kat sini tapi saya memilih ikan patin masak tempoyak yang mana bagi saya nampak paling sedap di antara semua lauk di situ.
Selain ikan patin masak tempoyak saya juga ambil kerabu perut,ulam tenggek burung dan sambal belacan.Air pula saya order sirap limau ais.Dalam fikiran nak order limau ais tapi ntah kenapa mulut ni gatal pegi cakap sirap limau ais pula.Aishhh..
Salah sorang pekerja datang ke meja kiorang dan buat kira kira.Total harga yang perlu saya bayar Rm7.70.Wow murah kalau nak dibandingkan tempat makan yang lain.Biasanya nasi putih dengan ikan patin saja pun dah cecah Rm5.
Haaa ni gambar ikan patin masak tempoyak yang saya makan kat kedai ni.
Monday, 9 October 2017
Resepi Cekodok Kentang Yang Rangup
Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi kongsi sikit resepi cekodok yang saya sendri pun tak tahu nama apa.Boleh pulak gitu kan tak tau nama.Resepi ni saya main campak je apa yang ada dalam peti ais.Berkesperimen sikit kali ni.Tapi tak sangka tau sebab bila dah siap rasanya agak sedap.Lain kali boleh la kalau nak buat lagi.
Sebab cekodok ni agak sedap jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi cara membuatnya dengan korang.
okay di bawah ni saya senaraikan bahan bahannya.

Bahan bahan
- Tepung gandum
- Lobak merah
- Ubi kentang
- Bawang besar/kuning
- Daun sup
- telur
- Serbuk roti
- Serbuk lada hitam
- Garam halus
- Gula
1.Lobak merah,ubi kentang,bawang besar dan daun sup tu potong kecil.Lebih kurang potongdadu gitu.Campur kesemua bahan ini di dalam satu bekas.
2.Tepung gandum,sedikit garam,gula,serbuk lada hitam.Gaul gitu gitu je.
3.Masukkan air putih dan gaul sebati.Tentang kuantiti air bergantung kepada kuantiti bahan.Pastikan adunan tu tidak terlalu cair atau pekat.Sedang sedang je.Kalau cair dia akan lembik jika digoreng dan kalau pekat sangat cekodok akan keras.
4.Masukkan serbuk roti dan telur.Gaul lagi sampai sebati.Asalnya nak celup telur dan golek dalam serbuk roti tapi camner nak bentukkannya pula.
5.last goreng dalam minyak yang panas.
Haa senang je kan?Selamat mencuba.
Friday, 6 October 2017
Benarkah Ramen Korea Tersangat Pedas?
Demam Korea sudah lama melanda negara kita sejak munculnya drama Winter Sonata pada tahun 2002.Sape tengok drama ni? Rugi sape yang tak tengok.Tapi dulu popular drama je seperti Winter Sonata,Sad Love Story,Autumn In my Heart,All In,My Girl dan Full House.Namun sejak beberapa tahun ini demam Korea semakin menggila di Malaysia.Gila macam mana tu?Gila dengan Kpop,pakaian,style rambut,barang kecantikan,drama,Aksesori,makanan dan banyak lagi menjadi kegilaan rakyat kita.Pendek kata apa jua bende yang ada kene mengena dengan korea pasti menjadi kegilaan.Nasib tak masuk hosptal bahagia kan.
Ni yang terbaru ni pula pasal Ramen Pedas dari Korea.Haaa apa yang special tentang ramen ni sehinggakan ramai yang buat video cabaran makan ramen dan viralkannya di Insta,facebook dan Youtube?Rata-rata mengatakan tahap kepedasan yang melampau sehingga ramai yang mengalah!Wow sampai begitu sekali pedasnya.
Okay saya fikir saya nak cuba la makan ramen pedas ni dan nak merasa sendiri sejauh manakah tahap kepedasannya.Walaupun agak sedikit ketinggalan kerana fenomena ni bukan la terlalu baru tapi belum terlambat lagi untuk mencuba.Baru tahun ni kan demam ramen pedas ni..
Ini adalah ramen cup yang saya beli di Tesco.Masa ternampak ramen ni tersusun cantik kat rak laju je kaki ni melangkah ke sana,ngeeee boleh tahan mahal harganya.termenung jap kat situ.Nak beli ke tidak.harga 1 cup ni boleh beli 6 packs mee kari berapi adik kakak abang oiii..Mahal sungguh.Tapi tidak dapat dinafikan barang Korea memang mahal harganya.Takpe la nak cuba kan bukan beli selalu.
Saya bukan jenis peminat rendam maggi dalam air panas.Saya kena masak maggi tu baru sedap.So saya tumis bawang putih dan bawang kuning sehingga naik bau kemudian masukkan sedikit air.Dah mendidih masukkan ramen dan rebus hingga masak.
Kat atas ni adalah perencah ramen.Ada 2 bungkus diberikan dan dibungkus bersama ramen dalam bekas.Bungkusan merah adalah perencah cili dan satu bungkus lagi yang color black and white tu adalah sesame.Ramen yang dah masak tu saya toskan dan bubuh balik dalam bekas asal.Bubuh perencah cili dan sesame di atas ramen.

Sebelum gaul saya tambah tomato yang dipotong dadu serta daun sup ke dalam ramen.Sekarang masa untuk gaul kesemuanya sebati.Yeaahhh gaul lagi dan gaul lagi.Okay dah ready untuk dimakan.Wait wait wait..still have something i need to do.
Kalau ramen mana boleh saya tinggalkan telur mahupun udang.haaa cepat cepat saya rebus telur dan udang kerana dah tak sabar dah nak telan ramen ni.Sabar ela sabar sekejap je less than 2 minutes only.Dah masak telur ayam dan juga udang terus letak dalam ramen cup.Ketika saya angkat ramen dengan chopstick bukan main excited lagi.The color,the smell...it's tempting!!
Komen saya tentang Hot Chicken Flavor Ramen adalah tersangat sedap.
Absolutely delicious!!Oh My God.1 cup for me not enough.No lie.
PEDAS?Not at all.I can finished without complain.
I will add chili if i eat it again.
Tutup dinner dengan air pepsi.