Pages

Friday, 6 October 2017

Benarkah Ramen Korea Tersangat Pedas?

Demam Korea sudah lama melanda negara kita sejak munculnya drama Winter Sonata pada tahun 2002.Sape tengok drama ni? Rugi sape yang tak tengok.Tapi dulu popular drama je seperti Winter Sonata,Sad Love Story,Autumn In my Heart,All In,My Girl dan Full House.Namun sejak beberapa tahun ini demam Korea semakin menggila di Malaysia.Gila macam mana tu?Gila dengan Kpop,pakaian,style rambut,barang kecantikan,drama,Aksesori,makanan dan banyak lagi menjadi kegilaan rakyat kita.Pendek kata apa jua bende yang ada kene mengena dengan korea pasti menjadi kegilaan.Nasib tak masuk hosptal bahagia kan.
Ni yang terbaru ni pula pasal Ramen Pedas dari Korea.Haaa apa yang special tentang ramen ni sehinggakan ramai yang buat video cabaran makan ramen dan viralkannya di Insta,facebook dan Youtube?Rata-rata mengatakan tahap kepedasan yang melampau sehingga ramai yang mengalah!Wow sampai begitu sekali pedasnya.

Okay saya fikir saya nak cuba la makan ramen pedas ni dan nak merasa sendiri sejauh manakah tahap kepedasannya.Walaupun agak sedikit ketinggalan kerana fenomena ni bukan la terlalu baru tapi belum terlambat lagi untuk mencuba.Baru tahun ni kan demam ramen pedas ni..
Ini adalah ramen cup yang saya beli di Tesco.Masa ternampak ramen ni tersusun cantik kat rak laju je kaki ni melangkah  ke sana,ngeeee boleh tahan mahal harganya.termenung jap kat situ.Nak beli ke tidak.harga 1 cup ni boleh beli 6 packs mee kari berapi adik kakak abang oiii..Mahal sungguh.Tapi tidak dapat dinafikan barang Korea memang mahal harganya.Takpe la nak cuba kan bukan beli selalu.
Saya bukan jenis peminat rendam maggi dalam air panas.Saya kena masak maggi tu baru sedap.So saya tumis bawang putih dan bawang kuning sehingga naik bau kemudian masukkan sedikit air.Dah mendidih masukkan ramen dan rebus hingga masak.
Kat atas ni adalah perencah ramen.Ada 2 bungkus diberikan dan dibungkus bersama ramen dalam  bekas.Bungkusan merah adalah perencah cili dan satu bungkus lagi yang color black and white tu adalah sesame.Ramen yang dah masak tu saya toskan dan bubuh balik dalam bekas asal.Bubuh perencah cili dan sesame di atas ramen.

Sebelum gaul saya tambah tomato yang dipotong dadu serta daun sup ke dalam ramen.Sekarang masa untuk gaul kesemuanya sebati.Yeaahhh gaul lagi dan gaul lagi.Okay dah ready untuk dimakan.Wait wait wait..still have something i need to do.
Kalau ramen mana boleh saya tinggalkan telur mahupun udang.haaa cepat cepat saya rebus telur dan udang kerana dah tak sabar dah nak telan ramen ni.Sabar ela sabar sekejap je less than 2 minutes only.Dah  masak telur ayam dan juga udang terus letak dalam ramen cup.Ketika saya angkat ramen  dengan chopstick bukan main excited lagi.The color,the smell...it's tempting!!
Komen saya tentang  Hot Chicken Flavor Ramen adalah tersangat sedap.
Absolutely delicious!!Oh My God.1 cup for me not enough.No lie.
PEDAS?Not at all.I can finished without complain.
I will add chili if i eat it again.
Tutup dinner dengan air pepsi.








No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com