Ketika kaki ni pertama kali melangkah ke sini dulu mula mula
fikir mesti mahal seperti restoran restoran yang lain.Tapi takpe lah bukannya
nak datang makan setiap masa kat sini kan.Ntah-ntah ni kali pertama dan
terakhir.Ooopppss.Masa tu bukan main Confident lagi cakap macam tu walhal belum
pun lagi tengok menunya.Masa ni kami saya ambil ruang bahagian dalam restoran dan
tepi dinding sebab nak duduk selesa sikit.Citu ada sofa.Hehehe.
Kali kedua saya pergi baru je lagi sebab teringin sangat nak
makan chicken chop.Kali kedua? Haaaa ni saya ni kongsi cerita dengan korang
ni.Masa first time pegi bukan main lagi kan saya fikir mungkin itu kali
terakhir saya makan di sini tapi saya silap.Kali ni saya datang lagi dengan
rasa gembira dan tak malu dengan kata-kata saya sebelum ini.Hahaha.
Apa yang menarik di sini ialah tentang harga makanan yang
murah diberikan kepada setiap menu yang ditawarkan.Portion yang diberikan juga
cukup besar dan begitu mengenyangkan.Eh bukan,paling tepat ialah terlebih
kenyang sebenarnya jika makan di sini.Korang juga tak perlu susah-susah tambah duit untuk order side dish sebab
main dish pun jenuh nak menghabiskannya.Tapi jika Korang adalah orang yang
berselera besar mungkin takde masalah nak order lebih dari satu menu.janji
korang boleh habiskan.Membazir itu saudara syaitaannn.
Gambar kat bawah ni ketika kali kedua saya makan di
sini.Chicken Chop Rm9.90 sahaja.Saya ulangi hanya RM9.90 sahaja.Jus orange yang
saya order juga hanyalah RM3.50.Mungkin ada yang fikir ‘alaaaaa tempat lain ada
je chicken chop yang harga rm6.90 je’.Saya nak bagitau sebenarnya harga ni
cukup murah bagi sesebuah restoran western apatah lagi saiz hidangan yang
besar.
Sesiapa yang belum pernah cuba makan kat sini saya sarankan
agar korang pergilah cuba makan di sini.Dah cuba nanti jangan lupa share
pendapat korang ya.
Alamat : 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5pm - 1.30am
Alamat : 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5pm - 1.30am
No comments:
Post a Comment