Pages

Tuesday, 10 October 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak Yang sedap

New movie title The Foreigner telah pun ditayangkan di seluruh pawagam.Cite ni dilakonkan oleh one of the most my favourite actor Jackie Chan so saya taknak ketinggalan menyaksikan filem lakonannya.Hari sabtu 7 Oct 2017 jam menunjukkan pukul 2.05pm dah terlepas untuk tayangan 1.55pm.Next waktu tayangan pula lambat lagi iaitu pukul 4.05pm.Terpaksalah tunggu lagi 2 jam.

Ok takpe lah sambil nak tunggu lagi 2 jam tu boleh la lunch dulu kat mana mana kedai berhampiran.Ketika ni saya bersama dengan member satu tempat kerja dan dia pun bawalah la saya ke kedai makan yang tak pernah saya kunjungi.Banyak juga pilihan kat sini tapi saya memilih ikan patin masak tempoyak yang mana bagi saya nampak paling sedap di antara semua lauk di situ.

Selain ikan patin masak tempoyak saya juga ambil kerabu perut,ulam tenggek burung dan sambal belacan.Air pula saya order sirap limau ais.Dalam fikiran nak order limau ais tapi ntah kenapa mulut  ni gatal pegi cakap sirap limau ais pula.Aishhh..

Salah sorang pekerja datang ke meja kiorang dan buat kira kira.Total harga yang perlu saya bayar Rm7.70.Wow murah kalau nak dibandingkan tempat makan yang lain.Biasanya nasi putih dengan ikan patin saja pun dah cecah Rm5.
Haaa ni gambar ikan patin masak tempoyak yang saya makan kat kedai ni.


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com