Pages

Thursday, 23 November 2017

Gemarkan Makanan Jepun?Sushi King Adalah Pilihan Yang Tepat

19 November 2017
Yeeahh kali ni dapat jumpa my bestfriend again di tempat yang sama iaitu Kl Sentral lepas tu kami sama sama bergerak ke Times Square Kuala Lumpur menaiki Monorail.Actually kami takde plan apa apa pun cuma kami hanya nak habiskan masa cuti bersama-sama itu saje.Bukan senang tau nak jumpa dia sebab cuti dia ni agak complex sikit,kadang hari sabtu,kadang hari ahad,kadang hari isnin,kadang hari selasa hah macam tu  la cuti dia.Saya pula maintain je hari ahad dan public holiday.Bila roaster dia keluar je dia akan tengok date cuti dia yang jatuh hari ahad pastu dia akan bagitau saya jika ada.Saya akan block kan date tu untuk khas untuk dia je.Hehehe
Tiba di Times Square pukul 11 lebih kitorang terus putuskan tempat makan untuk lunch.Banyak pula tempat makan yang dia pilih last last kitorang putuskan makan di Sushi King.
Sushi King?Saya bukan la penggemar makanan jepun tapi saya suka mencuba.Ini lah kali pertama saya masuk restoran Sushi King so let's try.
Sebelum ni pernah juga la nak cuba makan di Sushi King tapi takut tak boleh telan pula makanan yang popular kat jepun ni jadi perasaan beriya-iya sangat nak mencuba tu takde.Berbeza pula kali ni saya agak teruja untuk merasai makanan di Sushi King.Melihat segala rupa sushi yang melalui belt bagi saya sangat la cantik dan kemas.
Ebi Ten
Premium Salmon
Inari Boat Tuna Mayo

  1. Ebi Ten : Meletakkan 2 ekor udang yang disalut dengan tepung dan digoreng garing.Kemudian udang tu dibalut dengan seaweed bersama dengan nasi.Rasanya agak kering jika tidak dicicah dengan kicap yang disediakan.But I love this one.
  2. Premium Salmon : Hirisan salmon yang segar diletakkan di atas nasi.Itu je.Saya pernah beli di Aeon Mall yang dah siap pack tapi di sini rasanya jauh berbeza.I mean lebih sedap dan kerana itu saya boleh habiskannya tapi bukan favourite saya.Sori.
  3. Inari Boat Tuna mayo : Saya tak pasti dengan yang ini.Saya fikir ini adalah tauhu yang disumbat dengan sayur timun yang diparut,isi tuna serta mayo.I think so.hahahaha.However saya sukakannya.
Bento
Bento adalah Lunch box yang popular di jepun.Ianya bukanlah perkara yang pelik jika rakyat jepun membawa bento ke mana saja mereka pergi.Kat bawah contoh bento yang ada di Sushi King.

Yakiniku Chicken Katsu Bento
Unknown sebab member saya yang order.

Bagi saya Sushi King bukanlah teruk sepertimana yang saya bayangkan.Rasa sushi di sini jauh berbeza dengan sushi yang dijual di kedai-kedai biasa.Ada dua jenis kicap iaitu kicap masin dan manis.Kedua duanya sedap,rasanya tak sama seperti rasa kicap yang dibungkus bersama sushi yang di jual di mall.Jika korang seperti saya yang merasakan sushi king bukanlah tempat yang sedap saya sarankan agar korang cuba dulu.Tak cuba macam mana nak tau kena dengan selera kita ke tak,betul tak?





No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com