Biskut mayat? Why we call biskut mayat.Member saya kata sebab biskut ni dihidangkan jika ada kematian.Biar betul..
Uiisshh tak pasal pasal jawapan yang dia bagi tu buat saya takut.Tapi betul ke? Sori ya geng..bukan taknak percaya,nakkan kepastian.Peace yoo..
Kat atas tu gambar yang dia bagi dalam group whatssapp kitorang.Katanya tu la dinner dia malam ni.Bagi saya gambar tu okay je tp bila diberitahu makan biskut mayat terus perkara ni jadi luar biasa.Pada mulanya saya fikir dia panggil begitu sebab biskut tu tawar dan tidak menarik tapi tak mungkin.Sedap apa makan begitu.
Berkali kali saya tanya dia kenapa memanggil biskut ni dengan nama begitu.Ada ke patut dia gelakkan saya sebab tak tau.hehehe.
Biskut yang dicicah dengan air milo atau teh panas sesungguhnya adalah kesukaan saya dan rakyat Malaysia.Tapi selepas ini mungkin menjadi perkara yang menakutkan saya.Masakan tidak,mesti saya akan teringat pasal ni tiap kali saya makan begini.
Saya ada google pasal perkara ni dan sememangnya ramai yang memanggil biskut ni dengan nama yang sedemikian.Oh my god!
Mengikut maklumat dalam pak cik google iaitu tempat mencari maklumat paling popular bagi saya,Al kisahnya begini..dulu dulu jika ada kematian inilah makanan yang senang dihidangkan.Ah biasalah takkan tuan rumah yang bersedih nak masak sedap sedap pula.Itu dah dikira seperti meraikan kematian.Jadi inilah yang menjadi santapan untuk mereka dan tetamu yang datang.
Oooo begitu.Whatever lah.Apapun saya lebih suka panggil biskut ni biskut tawar.
Tahun 70an biskut ni dah ada, di pantai timur ia dipanggil biskut jagung.
ReplyDelete