Pages

Thursday, 2 November 2017

DubuYo : Restoran Makanan Korea Yang Popular

Assalamualaikum
Dubuyo...First time saya kenal restoran ni ketika saya pergi ke Sunway Putra Mall yang terletak di Jalan Putra.Tengah syok berjalan ternampak la restoran DuboYo yang mempamerkan beberapa set makanan palsu yang dijadikan contoh buat pelanggan.Nampak menyelerakan  apabila melihat set makanan yang diperbuat daripada plastik itu. I think..sebab nampak macam plastik.hehehe
Kemudian ada pula member saya sorang ni suka sangat posting segala makanan kat facebook miliknya berkongsi tentang makanan korea.Ah maklum lah dia peminat korea dan sudah pun melawat negara kesukaannya itu.Sejak balik  melancong dari Korea dia mula belajar buat kimchi dan sushi.Kadang kadang dia share makanan korea yang dia masak dan paling haru biru bila dia post yang dia makan di DuboYo..tempat yang saya teringin nak cuba makanannya.Kecewa betul rasa hati ini.
“Satu hari nanti aku akan merasai makanan di DuboYo”.Bisik hati kecilku.
And finally one of my bestfriend her name is Zuraizazuria yang saya gelarkannya sebagai Zeck sebab nama dia banyak sangat huruf Z telah membawa saya ke Du-bu-Yo…Yeaahhhh thank you Zeck.Kami pun decided untuk berjumpa di KL Sentral and pergi ke Times Square together.So kat sini restoran DubuYo berada di Level 4 bersebelahan dengan Tokyo Kitchen.First time ni nak makan di DuboYo bukan main excited lagi apatah lagi  makan bersama bestfriend yang jarang jarang jumpa.Berganda ganda perasaan happy saya ni tau.
Kami ambil set untuk 2 orang makan dengan harga Rm56.85 sahaja.Berbaloi yang teramat kerana ada banyak hidangan.Apatah lagi  makanan korea biasanya mahal.set yang kami pilih adalah 
  • 2 dubu-dubu rice
  • Honey garlic bulgogi(chicken or beef), or korean spicy wings or honey mustard wings
  • Banchan ataupun side dish
  • 2 dessert
  • Soondubu Jigae(beef,chicken or seafood)
  • 2 roasted barley tea
1.Nasi dubu-dubu
Nasi dubu-dubu rupa dia macam nasi dagang ataupun pulut merah.Mungkin juga boleh samakan dengan beras perang?Ermmm maybe not.Hebatnya nasi ni tidak terlalu melekit atau lembik tapi boleh dimakan  menggunakan chopstik dengan senang.Rasa cam tak caya je saya guna chopstick makan nasi.
2. Korean Spicy Wings(6 ketul ayam) - *terdapat pilihan lain 
Saya cuma mampu makan 2 ketul sahaja.Dah usaha dah untuk tambah 1 ketul lagi tapi tak boleh.Kenyang sangat sampai  nak termuntah dah.Last last selebihnya saya minta si Zeck habiskan.Bagus kan ada member yang boleh habiskan makanan walau banyak mana pun.Membazir itukan saudara syaitaaaann.
3.Banchan ataupun side dish
3 mangkuk diberikan setiap seorang.Mangkuk kecil je don't worry.'Banchan ni terdiri daripada sayur/kimchi dan soup.Yang ni pun saya bagi member makan.Saya makan sikit je.Hahahahaha.Ntah kenapa la perut saya tak boleh nak sumbat banyak makanan masa ni.
5.Soondubu Jigae- *Beef,seafood or chicken
Untuk jigae ni kami pilih beef sebab kami dah pilih chicken wings so kami tak mau chicken lagi.Soondubu jigae ni ada tauhu,telur separuh masak,beef dan juga kimchi.
6.Dessert
i have no idea what they call for this dessert.Look like Tofu Fa tapi lebih sedap dari tu.Serius saya katakan memang sedap. i love it.For dessert I recomended this for everyone.Saya bukan lah pencinta makanan korea or Tofu Fa but dessert ni telah buat saya jatuh cinta.Yang  kuning tu ada rasa citron.Sweet sour gitu.
7.Barley tea
First time saya minum roasted barley tea agak pelik rasanya.Sampai  berkelip kelip mata cuba menyesuaikan rasa dengan lidah saya.But after beberapa kali hirup tetiba rasa sedap pula air ni.
Kat sini ada tv tapi hanya menayangkan music video korea sahaja.Confius dengan si Zeck ni nak pilih menu ke nak tengok video.Kusyuk bukan main lagi dia tengok tv tu.Sepanjang makan kat situ tunggu jugak la music video my favourite artist TVXQ/TOHOSHINKI-Artis lagenda Korea and Jepun yang mencipta nama di Jepun tapi sayangnya tiada.How can the greatest artist takde!Marah ni..grrrrrrr
Sementara menunggu soondubu jigae sampai kami makan dulu apa yang ada..
Walaupun meal set yang kami ambil ada banyak hidangan tapi kami tidak menunggu lama.Mereka memberi service yang tip top punya.Ketika kami makan di Times Square less than 5 minutes Barley tea,rice and banchan  sampai ke kami.In 10 minutes our chicken wings pun sampai.Last soondubu jjigae pun datang la terhidang di depan mata kami.Wow less than 15 minutes only! 5*.
Jom Zeck makan lagi kat sini.Kita try menu lain pula.

No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com