Pages

Friday 1 December 2017

Resepi Sup Sayur Kentang Yang Enak Dan Simple

Malam-malam ni perut tetiba lapar tapi malas pula saya nak masak nasi.Saya fikir kalau masak nasi jenuh jugak nak menunggu nasi tu masak.Itu belum campur lagi nak kena buat lauk yang masih berada di tempat beku dalam peti.Boleh ke perut saya yang tengah seronok bernyanyi-nyanyi ni bertahan.Kalau buat air makan dengan biskut confirm perut yang tengah kebuluran ni tak boleh kenyang.Adoiii pening ah.
Hah senang-senang buat sup.Kentang dengan sayur pun ada nih.Nak masak sup bukannya susah pun kan main campak-campak je dalam periuk.Takde skil masak pun boleh jadi sup.Kacang je ni.
Kat bawah ni saya share resepinya.
Bahan-bahan
  • Ubi kentang
  • Carrot
  • Sawi
  • Tomato cherry
  • Kubis
  • Kiub pati ayam knorr
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Cili burung

Cara membuatnya
  1. Tumis dulu bawang putih dan merah yang telah dipotong.Guna sedikit sahaja minyak masak ya lebih kurang satu sudu makan. 
  2. Masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu.Kalau nak potong besar-besar pun boleh tapi kena masak lama sikit bagi kentang tu empuk.
  3. Masukkan segelas air.Kalau nak kuah sup lebih boleh bubuh dua gelas air.
  4. Masukkan satu kiub pati ayam Knorr dan biarkan memdidih sehingga ubi kentang hampir masak.
  5. Kacau sekejap kemudian masukkan kesemua sayur yang dipotong serta cili.
  6. Apabila sayur dah masak boleh la kalau nak tutup api dapur.
  7. Hidang ketika sup masih panas dan sebelum makan tambahkan serbuk lada hitam,bawang goreng dan perahan air asam limau.
Haa simple saja kan..10 minit je masak dah boleh makan.Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com