Pages

Saturday, 30 September 2017

Perkara Penting Dalam Hidangan Nasi Kerabu Yang Sedap

Kepada peminat nasi kerabu seperti saya sudah pasti berasa gembira kerana dijual oleh orang Kelantan.Nasi kerabu yang saya beli di pasar malam Shah Alam ini tidak mengecewakan saya..Walaupun bahan yang disediakan tidaklah sempurna namun rasanya tidak tumpah seperti nasi kerabu yang dibeli di Kelantan.Kalau korang nak tahu ini adalah nasi kerabu kedua yang boleh saya katakan ''ini adalah nasi kerabu''.

Apa yang saya tahu kebanyakan peniaga nasi kerabu menyediakan bahan secara cincai cincai.Paling kecewa kalau saya tahu peniaga itu berasal dari Kelantan namun menjual nasi kerabu cincai kepada pembeli.Tak tahu lah apa masalah diorang ni.Adakah harga bahan mentah yang tinggi menjadi salah satu faktor keasliannya perlu diketepikan?Oh noo...bahan mentah nasi kerabu bukanlah mahal sangat pun.
Jadi jangan sangka kerana sebab penjualnya adalah orang Kelantan sudah pasti nasi kerabunya akan sedap!Oohhh tidak sama sekali.

 Tahukah anda apa yang penting dalam penyediaan nasi kerabu?
Kat bawah ni saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan nasi kerabu.

Nasi 
Nasi kerabu biru dimasak menggunakan sejenis bunga yang warnanya biru.Eemmm kalau tak silap saya namanya bunga telang biru.Haa saya bagi gambar bunga ni sekali.(search kat Pakcik Google).Bunga ni la yang sebenarnya membuatkan nasi kerabu tu berwarna biru dan bukannya perwarna.Caranya blend je bunga ni dengan air lepas tu tapiskan.Air bunga ni pula dimasak bersama dengan beras.Nanti hasilnya jadilah nasi yang berwarna  biru.

Kalau nak tahu juga nasi kerabu kelantan buka satu warna tapi sebenarnya tiga.
Nasi kerabu biru adalah paling popular di Malaysia dan saya sendiri pun tak tahu kenapa popular.Hehehe.Tapi warna ni la yang dijual merata-rata negeri.
Nasi kerabu kuning hanya dijumpai di Kelantan sahaja.Negeri lain belum dijumpai.
Nasi kerabu putih juga hanya ditemui di Kelantan sahaja.Nasi kerabu putih menggunakan nasi putih sebagai nasi kerabu dan disediakan dengan sambal tumis.

Kerisik
Kerisik kelapa pula diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak sehingga garing.Selepas digoreng kerisik ini perlu ditumbuk ataupun blend je dengan pengisar kering.Kebanyakan peniaga yang menjual nasi kerabu sediakan kerisik goreng tanpa atau di blend.Kasar dan panjang panjang la kerisik kelapa tu ya dak.?
Jika di Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang ini kerisik yang dah ditumbuk dicampur dengan hirisan serai,bawang besar,bawang merah,garam,gula serta isi ikan yang direbus.Kuantiti isi ikan,bawang dan serai biarlah banyak ya.

Isi Ikan 
Jenis ikan terpulang pada selera memasing.Ikan selar kuning,ikan sardin/selayang dan ikan kembung adalah pilihan popular.Ikan kena rebus dulu dengan garam,lengkuas,dan asam keping.Tidak menjadi masalah jika ingin rebus kosong atau sekadar bubuh garam sahaja.Ikan rebus tu asingkan daripada tulang dan ambil isinya sahaja.Goreng isi ikan tanpa minyak,tumbuk dan campur dengan kerisik kelapa tadi.

Ulaman
Haaa ini pun penting.Nasi kerabu sebenarnya lebih menggunakan ulam ulaman berbanding sayuran.Tidak menjadi masalah jika menggunakan sayur cuma perlu tahu sayur yang sesuai.Antara ulam dan sayur yang digunakan seperti kacang botol,daun kesum,pucuk ketereh,tenggek burung,timun,bunga gantang,kacang panjang,kubis dan banyak lagi.Semua ini perlu dihiris halus.


Lauk
Lauk untuk nasi kerabu pula tidak la ditetapkan sangat.Korang boleh guna lauk yang korang suka.Namun untuk nasi kerabu ayam dan daging panggang atau goreng kunyit lebih sesuai.Manakala untuk ikan pula akan dibuat ikan goreng celup tepung.Telur masin juga adalah salah satu lauk yang perlu ada. 

Budu
Budu perlu dimasak bersama bawang merah dan cili yang dipotong atau ditumbuk.Kemudian perah asam limau dan biarkan je kulit limau tu dalam budu.Tapi kulit limau tu tak perlu la makan ya.Nanti pahit.

Sambal tumis dan sambal cili
Sambal tumis nasi kerabu perlu ditumis dengan budu.Haaa jangan tak percaya.Sambal tumis ada budu.Bagi orang bukan kelantan yang tidak makan budu tapi pernah makan nasi kerabu di kelantan anda sebenarnya telah makan budu.Kat negeri lain peratusan ada budu dalam sambal tumis mungkin tipis.Sambal cili pula ditumbuk bersama gula,garam,bawang merah dan bawang putih.Kemudian dicampur cuka,air limau kasturi dan hirisan kulit limau kasturi.

Solok lada
Solok lada menggunakan kelapa parut yang dicampur dengan halia,isi ikan yang direbus,bawang merah,sedikit kerisik kelapa dan garam.Disumbat dalam lada hijau yang besar dan direbus dengan santan sehingga cili tu masak.Kebanyakan peniaga mesti kukus kan?Jimat kos!

Lain lain
Lain lain ni merupakan bahan sampingan dimana tidak menjadi masalah jika tiada.Kalau ada memang bagus kerana ini akan melengkapkan hidangan nasi kerabu menjadi sempurna.Bahan tersebut adalah keropok keping atau keropok lekor,bawang jeruk putih,dan limau nipis.Kalau ada bawang putih jeruk saya boleh habiskannya sebanyak tiga labu.hehehe.Limau nipis pula kalau ada pun jarang saya perah atas nasi jika budu dah cukup masam bagi saya.

So macam mana?Adakah korang pernah makan nasi kerabu yang menekankan semua perkara di atas? Pergi la makan nasi kerabu di 5 star hotel sekalipun,korang takkan jumpa rasa keaslian tersebut melainkan korang buat sendiri di rumah.Ya buat sendiri di rumah.Rata rata orang yang buat sendiri di rumah mengatakan nasi kerabu sebenarnya jauh lebih sedap berbanding makan di kedai mahupun di hotel.

No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com