Jagung merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat di negara kita.Tidak kira la macam mana cara penyediaannya jagung tetap menjadi pilihan masyarakat kita.Pilihan paling popular ataupun paling digemari adalah jagung rebus,jagung bakar,cup corn(jagung cawan) mahupun bubur jagung.Bahkan dalam ABC ataupun ais kacang juga diletak jagung bagi memberi rasa enak pada rasa ais kacang.
Contohnya di pasar malam saja terdapat dua atau tiga gerai yang menjual jagung semata mata untuk dijadikan punca pendapatan.dan jangan terkejut jika jualan tersebut habis dijual.Pilihan yang boleh didapati di pasar malam adalah jagung bakar,jagung rebus,cup corn dan jagung mentah.
Namun adakah kerana rasanya yang enak menjadi perkara utama jagung menjadi kegemaran kita?Adakah ramai yang sedar bahawa jagung mempunyai banyak khasiatnya kepada kesihatan kita.Jadi tidak rugi jika makan jagung selalu.
Antara khasiat jagung yang perlu kita tahu ialah:
1.Awet muda
- Siapa tak suka kalau mempunyai kulit yang sihat dan cantik.Jagung mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga dapat memberi nutrisi yang cukup untuk badan kita.
2.Kaya dengan serat.
- Bila dah kaya dengan serat segala masalah pembuangan tidak lagi perlu dirisaukan.Kandungan serat dalam jagung dapat membantu proses pencernaan dengan baik dan lancar.Sesuai ni untuk orang orang yang ada masalah sembelit.
3.Kaya kalori dan vitamin
- Terdapat 342 kalori dalam setiap 100 gram pengambilan jagung.
4.Baik untuk jantung dan diabetes.
- Niasin, asid folik dan vitamin C yang terkandung di dalam jagung mampu melindungi jantung kita.Ia mampu merendahkan tahap kholesterol,menstabilkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme badan.Bagus kan?
5.Kesihatan mata.
- Jagung mengandungi sumber beta karoten yang sangat penting untuk mata.Memandangkan mata ni penting untuk kita melihat boleh la amalkan makan jagung demi kesehatan mata kita.
Rasanya tidak menjadi masalah bagi kita untuk mendapat segala kebaikan dari memakan jagung ini.Mungkin juga tidak menjadi masalah untuk kita terlebih memperoleh khasiat daripadanya.Kita sendiri pun sedia maklum bahawa waktu makan kita adalah 24jam sehari dimana kita tidak mempunyai waktu makan yang khusus untuk kenyangkan perut kita.Betul tak?Kekekeke.
No comments:
Post a Comment