Pages

Friday, 16 June 2017

Mee Celup Kelantan

Mee celup / Bihun Celup / Kuetiew Celup/Campur

Bagi rakyat kelantan makanan ni sememangnya menjadi  kegilaaan mereka.Tidak kira lah tua ke,muda ke,budak lagi ke,laki perempuan smua suka.Jika merantau ke negeri orang pun still jugak nak cari mende ni.Tp di negeri lain agak susah nak jumpa,kalau ada pun rasanya tak sama seperti di Kelantan.Makanan ni juga banyak dijual di negara thai/Siam.Mee celup ni sekali pandang memang macam mee sup tapi hakikatnye tak sama.Nampak serupa tapi sebenarnya tak sama.Cheewah!
bihun celup 
Rasanya pula memang ummpppphhh..rasa masam,masin,manis dan pedas yang dicampur dengan sebati.memberikan rasa yang seimbang.Bagi kebanyakan rakyat Kelantan apabila mereka makan mee celup ni merek lebih suka menambah rasa agar rasa tu lebih terasa dan sedap mengikut selera masing2.Biasanya jika makan di kedai mee celup segala perasa yang diperlukan sudah tersedia ada di atas meja.Antara penambah selera yang disediakan seperti garam,gula,cili serbuk,cili jeruk,cuka dan kicap.Anda hanya perlu tambah apa yang anda mahukan mengikut selera masing2.Macam saya lebih suka kepada pedas dan masam,so saya akan taruk cili jeruk banyak2 and cili sebuk bagi pedas.
Setiap mee ceup mempunyai sayur yang berbeza bergantung kepada penjual.Ada sesetengah kedai menggunakan sayur kangkung  dan sesetengahnya pula menggunakan taugeh.Lauk pula sama ada menggunakan daging atau ayam atau perut ataupun kombinasi semua.Kalau anda bukan pengemar sayur,perut atau daging boleh bagitau pekerja di kedai tersebut.
bihun celup

Dengan rasa pedas,masam,manis,masin dan di makan panas2 sejujurnya semangkuk memang tak cukup,.Jujur saya pernah order 2 mangkuk! Pastu bungkus lagi 1 untuk makan kat rumah.Arrghhh peduli la.bukan senang nak jumpa bende ni kat negeri lain.kat Kelantan bukan setakat berlambak kedai mee celup bahkan rasa sebenar benar mee celup juga hanya di Kelantan dan Thai sahaja.



Soal harga pula tak perlu risau.Di  kelantan harga mee celup semangkuk/sebungkus hanyalah Rm3 manakala air rm1 segelas.Kalau dulu hanya bayar rm2 sahaja semangkuk dengan air manis Rm0.50 segelas.(sirap bandung,jagung,oren).Manakala air kosong adalah percuma.
kuetiew celup (gbr hiasan)






2 comments:

  1. Adoii..kua air liur la plak..cmne ni ..kna blik cpt2 ni kelate😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan mee celup?
      kalau la dkt umah sy de jual hari2 sy bli nti.hehe

      Delete

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com