Pages

Monday, 18 September 2017

Jom Makan Di Seoul Garden

IOI Mall Puchong
Hari ni gembira sangat sebab dapat makan di Seoul Garden.Selama ni asyik tangguhkan je sebab member semua busy.Yang tak busy pula ada masalah kewangan nak makan di sini.Ah maklum la harga kat sini boleh tahan mahalnya.Sorang makan pun dah almost Rm50 kena bayar..Boleh botak kepala kalau gini gamaknya harga.

sedia untuk grill
Ada orang dia tunggu gaji baru datang makan.Ada orang dia tunggu bonus tahunan.Paling bertuah jenis yang tunggu orang belanja baru nak nak datang makan.kekeke.Belum lagi bercakap tentang orang yang belum pernah mencuba di Seoul Garden.Mungkin tidak berminat tapi ada ke rakyat Malaysia yang tak suka makan? Macam pelik je..hahaha
grill beef and chicken

Okay bercakap pasal harga yang mahal ni kepada sape sape yang nak makan kat sini tapi ada masalah kewangan boleh buat macam saya iaitu plan awal.Sebulan katakan buat saving rm10 kalau setahun dah boleh dapat Rm120.Haaa bukan sekali makan dah tu,nak makan dua kali setahun pun boleh.
Tak rugi datang makan kat sini.Macam-macam disediakan.


Antara yang disediakan ialah daging,ayam,udang,lala,kerang, ikan, ketam,siput buluh dan lain-lain.Ada beberapa pilihan untuk  daging dan ayam seperti BBQ,Coffee and Bulgogi.Bagi sayuran pula ada carrot,bunga kubis,bayam,daun salad,mushroom,bunga teratai,tomato,brocoli dan banyak lagi.Tidak ketinggalan makanan popular masyarakat korea iaitu ramen,yee mee,sushi dan kimchi.

aiskrim 
Dessert yang disediakan adalah puding,cendol,nata de coco dan aiskrim.Terdapat 6 pilihan perisa aiskrim seperti jagung,vanila,durian,keledek,cocoa dan satu lagi saya lupa perisa pe..hahaha.Aiskirm ni boleh dimakan bersama sama dengan serbuk kacang,kacang merah,kismis dan rice chocolate.Buah buahan pula biasanya mereka akan letak tembikai,orange,betik dan honeydew.

Paling menarik walaupun Seoul Garden ni merupakan restoren yang menghidangkan makanan korea namun makanan tempatan tidak dilupakan.Bagus kan?  Bihun goreng,mee goreng,popia,karipap dan nasi goreng boleh didapati di sini.

Jika ada anak kecil tak perlu risau akan safety diorg.Tempat ni selesa dan sesuai untuk peringkat umur.Tempat Grill dan boil soup berada kemas di meja jadi risiko terbalik,tertumpah sup,terkena api dan sebagainya amatlah tipis.Makan pulak dalam aircond,fuuhh selesa giler,

Yang plate hijau masa saya makan di Aeon Mall Shah alam manakala plate kuning pula masa saya makan di Seoul garden IOI Mall Puchong.Peminat Seoul Garden la katakan.

Gambar2 kat bawah ni pula contoh dari google.






Apa pendapat anda tentang Seoul Garden?Menarik bukan?Bagi yang belum pernah merasai keselesaan dan kepuasan makan di sini boleh la datang jika kelapangan.Jangan lupa pastikan perut anda kosong kalau tak anda tak boleh makan banyak banyak..Rugi tau!hihihi
















2 comments:

  1. do u remember the last time kite makan seoul garden?i think at sunway putra mall kan?

    ReplyDelete

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com