Pages

Sunday, 24 September 2017

Crispy Potato


Hari ni saya mencuba resepi baru yang saya sendiri pun tak tahu nama apa.Asalnya saya ingin rebus je ubi kentang yang dibeli di tesco last week tapi tangan ni gatal pula nak campur macam macam.Bereksperimen la kononnya kan?Hope dah siap nanti tidak memberi masalah untuk tekak saya untuk menerima kentang hasil eksperimen.huhuhu
Pertama sekali  apa yang saya buat ialah saya rebus dulu ubi kentang sampai la ia empuk seempuk empuknya.Berapa kali empuk daaa.Bila ubi kentang dah empuk saya masukkan tauhu dalam 2 minit sebelum tutup api dapur.
Lenyek ubi kentang dan tauhu sampai hancur.Boleh pilih nak hancurkan ketika masih panas atau dah sejuk.Saya lenyek je terus dalam periuk tu.Jimat sikit penggunaan bekas dapur.

Godek2 dalam peti tengok apa yang ada.Hah jumpa sayur kacang botol yang dibeli kat pasar seksyen 16 semalam.Potong kacang botol,cincang bawang merah,bawang kuning dan cili kemudian campur kesemuanya bersama sama kentang dan tauhu tadi.Apa lagi saya nak bubuh ya? 
Nampak pula olive oil yang jarang sekali saya guna tu.Cam cantik je..cam nak ambil jeee..Okay ambil olive oil bubuh sikit.
Errmmm kalau tak bubuh garam mesti tawar.Bubuh sedikit garam dan aul kesemuanya sebati.Gaul betul betul ya nanti ada yang masin ada yang tawar pula.


Sekarang apa yang perlu dilakukan ialah kepal campuran tadi dengan tangan dan bentukkannya mengikut sesuka hati.Saya buat bentuk bujur tapi lonjong pun ada.Ah tak payah la nak cantik cantik.hahaha.Salut dengan telur ayam dan golek dalam serbuk roti.Pastikan telur ayam dan serbuk roti kena di setiap penjuru belakang depan kiri kanan atas bawah.

Ini adalah hasil selepas dicelup telur ayam dan digolek golek di dalam bekas yang berisi serbuk roti.

Last sekali goreng dalam minyak sederhana panas sehingga garing.Dan pastikan juga bahagian dalam tu masak ya.Gambar kat sebelah kanan yang ada bentuk bulat bulat tu adalah  hasilnya setelah masak.
Apa yang saya nak bagi nama yang sesuai ya untuk crispy potato ni?Boleh tahan juga rasa dia.Rangup di luar dan lembut di dalam.Cicah dengan sos untuk lebih menyelerakan.
Boleh buat lagi lepas ni.


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com