Pages

Saturday 30 September 2017

Perkara Penting Dalam Hidangan Nasi Kerabu Yang Sedap

Kepada peminat nasi kerabu seperti saya sudah pasti berasa gembira kerana dijual oleh orang Kelantan.Nasi kerabu yang saya beli di pasar malam Shah Alam ini tidak mengecewakan saya..Walaupun bahan yang disediakan tidaklah sempurna namun rasanya tidak tumpah seperti nasi kerabu yang dibeli di Kelantan.Kalau korang nak tahu ini adalah nasi kerabu kedua yang boleh saya katakan ''ini adalah nasi kerabu''.

Apa yang saya tahu kebanyakan peniaga nasi kerabu menyediakan bahan secara cincai cincai.Paling kecewa kalau saya tahu peniaga itu berasal dari Kelantan namun menjual nasi kerabu cincai kepada pembeli.Tak tahu lah apa masalah diorang ni.Adakah harga bahan mentah yang tinggi menjadi salah satu faktor keasliannya perlu diketepikan?Oh noo...bahan mentah nasi kerabu bukanlah mahal sangat pun.
Jadi jangan sangka kerana sebab penjualnya adalah orang Kelantan sudah pasti nasi kerabunya akan sedap!Oohhh tidak sama sekali.

 Tahukah anda apa yang penting dalam penyediaan nasi kerabu?
Kat bawah ni saya senaraikan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan nasi kerabu.

Nasi 
Nasi kerabu biru dimasak menggunakan sejenis bunga yang warnanya biru.Eemmm kalau tak silap saya namanya bunga telang biru.Haa saya bagi gambar bunga ni sekali.(search kat Pakcik Google).Bunga ni la yang sebenarnya membuatkan nasi kerabu tu berwarna biru dan bukannya perwarna.Caranya blend je bunga ni dengan air lepas tu tapiskan.Air bunga ni pula dimasak bersama dengan beras.Nanti hasilnya jadilah nasi yang berwarna  biru.

Kalau nak tahu juga nasi kerabu kelantan buka satu warna tapi sebenarnya tiga.
Nasi kerabu biru adalah paling popular di Malaysia dan saya sendiri pun tak tahu kenapa popular.Hehehe.Tapi warna ni la yang dijual merata-rata negeri.
Nasi kerabu kuning hanya dijumpai di Kelantan sahaja.Negeri lain belum dijumpai.
Nasi kerabu putih juga hanya ditemui di Kelantan sahaja.Nasi kerabu putih menggunakan nasi putih sebagai nasi kerabu dan disediakan dengan sambal tumis.

Kerisik
Kerisik kelapa pula diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak sehingga garing.Selepas digoreng kerisik ini perlu ditumbuk ataupun blend je dengan pengisar kering.Kebanyakan peniaga yang menjual nasi kerabu sediakan kerisik goreng tanpa atau di blend.Kasar dan panjang panjang la kerisik kelapa tu ya dak.?
Jika di Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang ini kerisik yang dah ditumbuk dicampur dengan hirisan serai,bawang besar,bawang merah,garam,gula serta isi ikan yang direbus.Kuantiti isi ikan,bawang dan serai biarlah banyak ya.

Isi Ikan 
Jenis ikan terpulang pada selera memasing.Ikan selar kuning,ikan sardin/selayang dan ikan kembung adalah pilihan popular.Ikan kena rebus dulu dengan garam,lengkuas,dan asam keping.Tidak menjadi masalah jika ingin rebus kosong atau sekadar bubuh garam sahaja.Ikan rebus tu asingkan daripada tulang dan ambil isinya sahaja.Goreng isi ikan tanpa minyak,tumbuk dan campur dengan kerisik kelapa tadi.

Ulaman
Haaa ini pun penting.Nasi kerabu sebenarnya lebih menggunakan ulam ulaman berbanding sayuran.Tidak menjadi masalah jika menggunakan sayur cuma perlu tahu sayur yang sesuai.Antara ulam dan sayur yang digunakan seperti kacang botol,daun kesum,pucuk ketereh,tenggek burung,timun,bunga gantang,kacang panjang,kubis dan banyak lagi.Semua ini perlu dihiris halus.


Lauk
Lauk untuk nasi kerabu pula tidak la ditetapkan sangat.Korang boleh guna lauk yang korang suka.Namun untuk nasi kerabu ayam dan daging panggang atau goreng kunyit lebih sesuai.Manakala untuk ikan pula akan dibuat ikan goreng celup tepung.Telur masin juga adalah salah satu lauk yang perlu ada. 

Budu
Budu perlu dimasak bersama bawang merah dan cili yang dipotong atau ditumbuk.Kemudian perah asam limau dan biarkan je kulit limau tu dalam budu.Tapi kulit limau tu tak perlu la makan ya.Nanti pahit.

Sambal tumis dan sambal cili
Sambal tumis nasi kerabu perlu ditumis dengan budu.Haaa jangan tak percaya.Sambal tumis ada budu.Bagi orang bukan kelantan yang tidak makan budu tapi pernah makan nasi kerabu di kelantan anda sebenarnya telah makan budu.Kat negeri lain peratusan ada budu dalam sambal tumis mungkin tipis.Sambal cili pula ditumbuk bersama gula,garam,bawang merah dan bawang putih.Kemudian dicampur cuka,air limau kasturi dan hirisan kulit limau kasturi.

Solok lada
Solok lada menggunakan kelapa parut yang dicampur dengan halia,isi ikan yang direbus,bawang merah,sedikit kerisik kelapa dan garam.Disumbat dalam lada hijau yang besar dan direbus dengan santan sehingga cili tu masak.Kebanyakan peniaga mesti kukus kan?Jimat kos!

Lain lain
Lain lain ni merupakan bahan sampingan dimana tidak menjadi masalah jika tiada.Kalau ada memang bagus kerana ini akan melengkapkan hidangan nasi kerabu menjadi sempurna.Bahan tersebut adalah keropok keping atau keropok lekor,bawang jeruk putih,dan limau nipis.Kalau ada bawang putih jeruk saya boleh habiskannya sebanyak tiga labu.hehehe.Limau nipis pula kalau ada pun jarang saya perah atas nasi jika budu dah cukup masam bagi saya.

So macam mana?Adakah korang pernah makan nasi kerabu yang menekankan semua perkara di atas? Pergi la makan nasi kerabu di 5 star hotel sekalipun,korang takkan jumpa rasa keaslian tersebut melainkan korang buat sendiri di rumah.Ya buat sendiri di rumah.Rata rata orang yang buat sendiri di rumah mengatakan nasi kerabu sebenarnya jauh lebih sedap berbanding makan di kedai mahupun di hotel.

Thursday 28 September 2017

Spaghetti Bolognese Dari Air Tangan Umi


Wow what a big surprise for everyone..spaghetti bolognese homemade by Umi today.Meanwhile everyone still have beautiful dreaming,she already wake up early morning cook the delicious spaghetti bolognese.Yummy..😋

My lunch break at 12pm saya ambil satu tupperware penuh saya isi dengan spaghetti.~Oppss.Terbanyak pula ambil.Sorry because i am hungry.Tanpa melihat kiri dan kanan saya terus ngap dan habiskannya in 10 minutes.Thinking about want to add some more but i'm already full.Alhamdulillah.

Tengok sos pun tahu kan nampak sedap.Memang sedap pun.Sos yang dimasak menggunakan Pasta Sauce Tradisional dari Prego brand dan dicampur dengan beberapa bahan seperti cendawan,ayam,fish ball,bawang dan lain lain.Uissh cara tulis macam saya pula yang masak kan.

Kebiasaannya apabila kita makan spaghetti bolognese di kedai makan hanya cendawan yang diperoleh dalam sos.Even kita masak sendiri di rumah pun hanya cendawan yang menjadi pilihan kita.Seolah olah cendawan satu satunya sayuran yang layak dengan spaghetti.Lain pula dengan si Umi ni.Siap bagi broccoli rangup lagi.

   

Add caption




Tuesday 26 September 2017

Khasiat Jagung Yang Ramai Orang Tidak Tahu



Jagung merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat di negara kita.Tidak kira la macam mana cara penyediaannya jagung tetap menjadi pilihan masyarakat kita.Pilihan paling popular ataupun paling digemari adalah jagung rebus,jagung bakar,cup corn(jagung cawan) mahupun bubur jagung.Bahkan dalam ABC ataupun ais kacang juga diletak jagung bagi memberi rasa enak pada rasa ais kacang.

Keenakan rasa isi jagung menjadikan jagung antara perkara yang dicari oleh setiap orang terutama bagi peminat jagung.Tidak hairanlah kalau di pasar pasar malam ,supermarket,Mall atau di kedai kedai biasa sekalipun terdapatnya jagung untuk dijual.
Contohnya di pasar malam saja terdapat dua atau tiga gerai yang menjual jagung semata mata untuk dijadikan punca pendapatan.dan jangan terkejut jika jualan tersebut habis dijual.Pilihan yang boleh didapati di pasar malam adalah jagung bakar,jagung rebus,cup corn dan jagung mentah.

Namun adakah kerana rasanya yang enak menjadi perkara utama jagung menjadi kegemaran kita?Adakah ramai yang sedar bahawa jagung mempunyai banyak khasiatnya kepada kesihatan kita.Jadi tidak rugi jika makan jagung selalu.

Antara khasiat jagung yang perlu kita tahu ialah:
1.Awet muda 
  • Siapa tak suka kalau mempunyai kulit yang sihat dan cantik.Jagung mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga dapat memberi nutrisi yang cukup untuk badan kita.
2.Kaya dengan serat.
  • Bila dah kaya dengan serat segala masalah pembuangan tidak lagi perlu dirisaukan.Kandungan serat dalam jagung dapat membantu proses pencernaan dengan baik dan lancar.Sesuai ni untuk orang orang yang ada masalah sembelit.
3.Kaya kalori dan vitamin
  • Terdapat 342 kalori dalam setiap 100 gram pengambilan jagung.
4.Baik untuk jantung dan diabetes.
  • Niasin, asid folik dan vitamin C yang terkandung di dalam jagung mampu melindungi jantung kita.Ia mampu merendahkan tahap kholesterol,menstabilkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme badan.Bagus kan?
5.Kesihatan mata.
  • Jagung mengandungi sumber beta karoten yang sangat penting untuk mata.Memandangkan mata ni penting untuk kita melihat boleh la amalkan makan jagung demi kesehatan mata kita.
Rasanya tidak menjadi masalah bagi kita untuk mendapat segala kebaikan dari memakan jagung ini.Mungkin juga tidak menjadi masalah untuk kita terlebih memperoleh khasiat daripadanya.Kita sendiri pun sedia maklum bahawa waktu makan kita adalah 24jam sehari dimana kita tidak mempunyai waktu makan yang khusus untuk kenyangkan perut kita.Betul tak?Kekekeke.

Sunday 24 September 2017

Crispy Potato


Hari ni saya mencuba resepi baru yang saya sendiri pun tak tahu nama apa.Asalnya saya ingin rebus je ubi kentang yang dibeli di tesco last week tapi tangan ni gatal pula nak campur macam macam.Bereksperimen la kononnya kan?Hope dah siap nanti tidak memberi masalah untuk tekak saya untuk menerima kentang hasil eksperimen.huhuhu
Pertama sekali  apa yang saya buat ialah saya rebus dulu ubi kentang sampai la ia empuk seempuk empuknya.Berapa kali empuk daaa.Bila ubi kentang dah empuk saya masukkan tauhu dalam 2 minit sebelum tutup api dapur.
Lenyek ubi kentang dan tauhu sampai hancur.Boleh pilih nak hancurkan ketika masih panas atau dah sejuk.Saya lenyek je terus dalam periuk tu.Jimat sikit penggunaan bekas dapur.

Godek2 dalam peti tengok apa yang ada.Hah jumpa sayur kacang botol yang dibeli kat pasar seksyen 16 semalam.Potong kacang botol,cincang bawang merah,bawang kuning dan cili kemudian campur kesemuanya bersama sama kentang dan tauhu tadi.Apa lagi saya nak bubuh ya? 
Nampak pula olive oil yang jarang sekali saya guna tu.Cam cantik je..cam nak ambil jeee..Okay ambil olive oil bubuh sikit.
Errmmm kalau tak bubuh garam mesti tawar.Bubuh sedikit garam dan aul kesemuanya sebati.Gaul betul betul ya nanti ada yang masin ada yang tawar pula.


Sekarang apa yang perlu dilakukan ialah kepal campuran tadi dengan tangan dan bentukkannya mengikut sesuka hati.Saya buat bentuk bujur tapi lonjong pun ada.Ah tak payah la nak cantik cantik.hahaha.Salut dengan telur ayam dan golek dalam serbuk roti.Pastikan telur ayam dan serbuk roti kena di setiap penjuru belakang depan kiri kanan atas bawah.

Ini adalah hasil selepas dicelup telur ayam dan digolek golek di dalam bekas yang berisi serbuk roti.

Last sekali goreng dalam minyak sederhana panas sehingga garing.Dan pastikan juga bahagian dalam tu masak ya.Gambar kat sebelah kanan yang ada bentuk bulat bulat tu adalah  hasilnya setelah masak.
Apa yang saya nak bagi nama yang sesuai ya untuk crispy potato ni?Boleh tahan juga rasa dia.Rangup di luar dan lembut di dalam.Cicah dengan sos untuk lebih menyelerakan.
Boleh buat lagi lepas ni.


Tuesday 19 September 2017

Biskut Mayat?Mari Kita Siasat Asal Usul Biskut Mayat

Biskut mayat? Why we call biskut mayat.Member saya kata sebab biskut ni dihidangkan jika ada kematian.Biar betul..
Uiisshh tak pasal pasal jawapan yang dia bagi tu buat saya takut.Tapi betul ke? Sori ya geng..bukan taknak percaya,nakkan kepastian.Peace yoo..
Kat atas tu gambar yang dia bagi dalam group whatssapp kitorang.Katanya tu la dinner dia malam ni.Bagi saya gambar tu okay je tp bila diberitahu makan biskut mayat terus perkara ni jadi luar biasa.Pada mulanya saya fikir dia panggil begitu sebab biskut tu tawar dan tidak menarik tapi tak mungkin.Sedap apa makan begitu.

Berkali kali saya tanya dia kenapa memanggil biskut ni dengan nama begitu.Ada ke patut dia gelakkan saya sebab tak tau.hehehe.

Biskut yang dicicah dengan air milo atau teh panas sesungguhnya adalah kesukaan saya dan rakyat Malaysia.Tapi selepas ini mungkin menjadi perkara yang menakutkan saya.Masakan tidak,mesti saya akan teringat pasal ni tiap kali saya makan begini.

Saya ada google pasal perkara ni dan sememangnya ramai yang memanggil biskut ni dengan nama yang sedemikian.Oh my god!

Mengikut maklumat dalam pak cik google iaitu tempat mencari maklumat  paling popular bagi saya,Al kisahnya begini..dulu dulu jika ada kematian inilah makanan yang senang dihidangkan.Ah biasalah takkan tuan rumah yang bersedih nak masak sedap sedap pula.Itu dah dikira seperti meraikan kematian.Jadi inilah yang menjadi santapan untuk mereka dan tetamu yang datang.

Oooo begitu.Whatever lah.Apapun saya lebih suka panggil biskut ni biskut tawar.

Monday 18 September 2017

Jom Makan Di Seoul Garden

IOI Mall Puchong
Hari ni gembira sangat sebab dapat makan di Seoul Garden.Selama ni asyik tangguhkan je sebab member semua busy.Yang tak busy pula ada masalah kewangan nak makan di sini.Ah maklum la harga kat sini boleh tahan mahalnya.Sorang makan pun dah almost Rm50 kena bayar..Boleh botak kepala kalau gini gamaknya harga.

sedia untuk grill
Ada orang dia tunggu gaji baru datang makan.Ada orang dia tunggu bonus tahunan.Paling bertuah jenis yang tunggu orang belanja baru nak nak datang makan.kekeke.Belum lagi bercakap tentang orang yang belum pernah mencuba di Seoul Garden.Mungkin tidak berminat tapi ada ke rakyat Malaysia yang tak suka makan? Macam pelik je..hahaha
grill beef and chicken

Okay bercakap pasal harga yang mahal ni kepada sape sape yang nak makan kat sini tapi ada masalah kewangan boleh buat macam saya iaitu plan awal.Sebulan katakan buat saving rm10 kalau setahun dah boleh dapat Rm120.Haaa bukan sekali makan dah tu,nak makan dua kali setahun pun boleh.
Tak rugi datang makan kat sini.Macam-macam disediakan.


Antara yang disediakan ialah daging,ayam,udang,lala,kerang, ikan, ketam,siput buluh dan lain-lain.Ada beberapa pilihan untuk  daging dan ayam seperti BBQ,Coffee and Bulgogi.Bagi sayuran pula ada carrot,bunga kubis,bayam,daun salad,mushroom,bunga teratai,tomato,brocoli dan banyak lagi.Tidak ketinggalan makanan popular masyarakat korea iaitu ramen,yee mee,sushi dan kimchi.

aiskrim 
Dessert yang disediakan adalah puding,cendol,nata de coco dan aiskrim.Terdapat 6 pilihan perisa aiskrim seperti jagung,vanila,durian,keledek,cocoa dan satu lagi saya lupa perisa pe..hahaha.Aiskirm ni boleh dimakan bersama sama dengan serbuk kacang,kacang merah,kismis dan rice chocolate.Buah buahan pula biasanya mereka akan letak tembikai,orange,betik dan honeydew.

Paling menarik walaupun Seoul Garden ni merupakan restoren yang menghidangkan makanan korea namun makanan tempatan tidak dilupakan.Bagus kan?  Bihun goreng,mee goreng,popia,karipap dan nasi goreng boleh didapati di sini.

Jika ada anak kecil tak perlu risau akan safety diorg.Tempat ni selesa dan sesuai untuk peringkat umur.Tempat Grill dan boil soup berada kemas di meja jadi risiko terbalik,tertumpah sup,terkena api dan sebagainya amatlah tipis.Makan pulak dalam aircond,fuuhh selesa giler,

Yang plate hijau masa saya makan di Aeon Mall Shah alam manakala plate kuning pula masa saya makan di Seoul garden IOI Mall Puchong.Peminat Seoul Garden la katakan.

Gambar2 kat bawah ni pula contoh dari google.






Apa pendapat anda tentang Seoul Garden?Menarik bukan?Bagi yang belum pernah merasai keselesaan dan kepuasan makan di sini boleh la datang jika kelapangan.Jangan lupa pastikan perut anda kosong kalau tak anda tak boleh makan banyak banyak..Rugi tau!hihihi
















Tuesday 12 September 2017

Meehoon soup


My dinner tonight I've decided nk guna mihun but apa nak masak ya?? Cepat,kenyang dan simple.Maka meehoon soup menjadi pilihan saya.Tung tang tung tang at the kitchen,letak dalam bowl,Wow3x...Look at the soup!Look tempting haah!Wondering how it is taste especially the egg.OMG.Tak sabar rasa nak makan.

let"s eat!!








Friday 8 September 2017

Ayam Masak Sambal & Udang Masak Lemak

Hari ni masih lagi cuti raya haji buat saya.Rasa pening jap tak tau nak buat ape sebab baru balik dari kampung.Tiba2 blur pulak dalam rumah ni.Ermmm ntah pepe la saya ni.Keluar sekejap pergi uruskan apa yang patut sementara tengah cuti ni.Dah settlekan segala urusan singgah kedai runcit beli barang dapur cikit.Disebabkan dah lama tak beli udang maka tangan ni dengan lajunya amik udang.
Jom kita masak.

Ayam Masak Sambal utk 5 orang makan

  1. Ayam dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.Gaul bagi rata ya nanti ade yang masin ada yang tawar.Perap dalam setengah jam boleh la goreng seperti biasa.
  2. Sementara ayam sedang digoreng,kupas 5 ulas bawang merah kemudian dihiris/dicincang/dikisar.
  3. Campur cili boh dengan bawang kisar tadi,Kuantiti pula bergantung kepada tahap kepedasan yang diingini.
  4. Kalau guna cili kering,rebus dulu cili,buang biji 
  5. Apabila masak ayam yang digoreng keluarkan dari kuali dan ketepikan dulu.Minyak yang masih panas di dalam kuali,tumis bawang merah dan cili yang dikisar tadi.Kurangkan dulu minyak dalam kuali kalau terlampau banyak.
  6. Tumis sampai sedikit garing lepas tu masukkan secawan air.Gaul sekejap.
  7. Last masukkan ayam,gula,garam,sedikit kicap,tomato dibelah empat dan bawang besar yang dihiris sederhana tebal.
  8. Gaul sebati dan angkat.Siap.
Udang Masak Lemak 
  1. 2 inci lengkuas,1 inci kunyit dan 2 ulas bawang merah ditumbuk.
  2. Letak je smua bahan tumbuk di dalam periuk bersama2 santan kelapa.
  3. Masak dengan api sederhana dan kena sentiasa kacau.kalau tak kacau santan akan berketul2 jadi kuah tak sedap dan cantik sebab bahan tak sebati.
  4. Apabila dah mendidih dan kuah pun tak berketul,boleh masukkan asam keping,garam dan sedikit gula.
  5. Boleh tambah sayur seperti timun,kacang panjang,belimbing buluh atau pun nanas.Yang saya buat ni saya letak kentang sebab time ni saya takde sayur.hehehe
  6. last sekali masukkan udang dan kacau sekejap.Dalam 3  minit blh tutup api.
Selamat mencuba.

Thursday 7 September 2017

Resepi Nasi Ayam


Ayam untuk nasi ayam arini:

Bahan2:(agak2 dgn kuantiti ayam)
-ayam(cuci bersih,toskan)
-bawang putih & halia (di blender dengan sedikit jer air)
-garam
-kicap manis
-madu

Cara2:
-gaul semua bahan dengan ayam..(nak perap boleh,terus goreng pun boleh)
-goreng dalam minyak banyak,panas & api jgn terlalu kuat
Siap
Selamat mencuba :)

**ayam ni boleh nak bakar juga..yang saya bakar dah abis.tak sempat amik gambar.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)
*resepi orang kampung page

Tuesday 5 September 2017

Juadah di Aidiladha

Seronok pulak cuti kali ni sebab 31 August(Thursday) Malaysia menyambut kemerdekaan manakala 1 September (Friday)sambut Aildiladha dan sabtu ahad cuti weekend.So boleh la cuti 4 hari berturut2 manakala bagi company yang mana hari sabtu kene keje terpaksa la keje ya.Kalau tak kena apply cuti la gayanya hari sbtu tu.Itupun kalau bos bagi.

Balik kampung sambut aidiladha memang seronok.Seronok sebab dapat jumpa dengan family.Seronok sebab dapat makan banyak daging lembu.Ah maklum lah nak beli kat kedai mahaiii.kekekeke.Jadi time ni la nak makan puas2 daging dengan pelbagai jenis masakan.Adik beradik saya plan masak ala kadar je untuk pagi raya sebab tengah hari banyak rumah buat open house.Kononnya masak ala kadar  sekali amik haaaa,pagi raya tu macam2 ada rendang,lontong,sambal bilis,lemang,kuah kacang,nasi himpit dan pelbagai jenis biskut disediakan.Masak pula banyak macam nak bagi sekampung makan.Kekenyangan smua orang pagi tuh.Smpai ke petang pun makanan belum habis.Tambah pula lunch dah start menu baru,lauk korban.

Sup Daging
Bila waktu dah hampir pukul 12 tengah hari mula la aktiviti memotong daging dan tulang korban.Biasanya kami buat sup tulang,singgang daging dan daging goreng.Ada sesetengah rumah pula mereka buat satay daging dimakan dengan nasi himpit dan kuah kacang.Kalau bukak peti penuh dengan daging.Dah macam penjual daging dah gayanya.Hahaha

Sup daging di masak dengan dapur arang selama 2@3 jam supaya daging lebih lembut dan lerai dari tulang. Penggunaan dapur arang juga menjadikan rasa sup lebih sedap.

Daging singgang

Monday 4 September 2017

Battleship Island



Tengok wayang lagi kali ni..tajuk cite The Battleship Island.Sebelum tengok wayang lunch dulu di Chicken Rice Shop.Full of customer kt cini.Staf yang bekerja pun dah macam huru hara dah saya tengok.Tak menang tangan mereka melayan customer.Kalau tengok mereka bekerja pun mai cincai je sebab nampak sangat mereka dah terlampau penat dan stres.Saya tanya pada salah seorang staf samada mereka dah makan ke belum dan jawapannya belum.Kesian kan?.

Dalam keadaan macam ni sepatutnya stop kan dulu new customer.Bagitau full dan settlekan dulu customer yang dah lama menunggu makanan mereka.Ini tidak,still terima new customer sedangkan yang sedia ada pun almost 1 hour and still waiting their food.Paling disaster dah la tunggu lama,dapat je makanan tak complete set pula.Contoh saya,Soup takde dengan alasan bowl habis.Pie tie takde dengan alasan tak cukup staf nak buat.Whaaatt??Pie tie my favourite okaayyy.Alaaaaaaa...huhuhuhu

Member pula dapat dessert of the day dengan mangkuk yang tak bersih.Still berminyak dan ada kesan makanan lain.Dalam keadaan macam ni tak sepatutnya biarkan customer baru lain datang.Close sementara at least half an hour.Bagitau dah full walau ada 2@3 kerusi kosong.Manager sepatutnya biarkan staf uruskan yang sedia ada dulu,dah reda huru hara tu baru terima new customer.Jangan tamak sgt.Tak pasal2 kualiti kerja dan mesra pelanggan hilang disebabkan perkara macam ni.First time saya terima layanan sebegini di chicken rice shop.Tapi macam mana dengan orang yang baru pertama kali datang.Mesti dia ingat restoren ni negative.

Tiket wayang pukul 4pm.Dah kena makan  laju sebab nak kejar sembahyang zohor.Bayangkan dari pukul 2 pm order makanan pukul 3pm baru dapat mkn.We just only have half an hour untuk habiskan makanan kami.Dah la sup sampai ke sudah tak dapat,Pie tie pulak terpaksa bungkus sebab dah 3.30 petang maish tak sampai pie tie saya.Member minta bungkus sebab dah takde masa nak melepak kt citu lama lama.Kalau ambil masa untuk siapkan pie tie tu terpaksa la lupakan sebab kami dah tak boleh tunggu lagi dah.Nasib saya ni jenis yang sentiasa cuba memahami situasi.Takde la nak marah2.kuikuikui.

Okay berbalik kepada cinema,selain daripada trailer yang nampak bagus,apa yang buat  saya nak tengok cite ni sebab Song Joong Ki berlakon.Ngeeee.Cite ni mengisahkan tentang rakyat korea yang dibawa ke Jepun dan dijadikan buruh kasar di lombong arang.Penipuan berlaku ke atas rakyat korea dimana mereka sebenarnya dijadikan hamba di sana.Akhirnya mereka sepakat untuk menentang Jepun dan merampas kapal Jepun supaya dapat pulang ke Korea.Saya bagi 7/10 untuk cite ni.

Saya ingatkan hero saya adalah hero dalam cite ni tapi sangkaan saya meleset.Cite ni tidak memaparkan sisi hero dalam dirinya.Cite ni lebih fokus kepada seorang pemuzik dengan anak gadisnya yang ingin membuat persembahan di Jepun.Akhirnya berusaha untuk pulang ke Korea kerana kehidupan yang teruk di sana.

Dah tgk cite tiba la masa cari tempat makan lagi sekali sebab member nak makan sebelum balik rumah.Makan lagi la jawabnya.
Makan apa dan di mana adalah 1 perkara yg sukar dilakukan.last2 buat keputusan makan je di food court Aeon IOI.Saya putuskan untuk makan sizling yee mee with egg kerana sudah terlalu lama saya tidak menjamah makanan sizzling.Dah makan tak sedap la pulak.Bagi saya boleh la setakat nak kenyangkan perut.5/10 sy bagi untuk sizzling yee mee with egg...Aaissshhh pendek kata on that day ,my bad day la tentang makan.Lunch,dinner smua tak kena.Member saya pula order Asam laksa yang popular dan digemari ramai
YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com