Pages

Thursday, 21 December 2017

ABC Di Kopitiam

Cuba tengok gambar di sebelah.
Inilah ABC yang saya order ketika melepak di salah sebuah kedai Kopitiam bersama dengan kawan-kawan.Ini adalah kali pertama saya order ABC di sini memandangkan jam dah lebih dari 9pm.Awalnya saya taknak makan tapi mesti kawan-kawan rasa tak best kan bila diorg makan tapi saya tak.Jadi saya order ABC untuk elak dari makan makanan berat.
Komen saya tentang ABC ni okay la.Tak terlalu manis dan ada rasa durian sikit(order ABC durian).Saya bayangkan ada durian seulas ataupun isi durian yang berkrim dalam ABC tapi sangkaan saya meleset.Tak nampak pun kat mana duriannya dan bila makan lidah memerlukan deria yang baik untuk merasai rasa durian.
Secara keseluruhan ABC Durian ni not bad.


Friday, 15 December 2017

Beringatlah Jika Anda Pengggemar Makanan Kampung

Makanan kampung merupakan makanan yang simple dan murah namun digemari oleh setiap orang.Hidangan ini juga bukan sahaja popular di kawasan kampung bahkan cukup popular di bandar.Haa orang bandar yang kaya raya pun suka tau.Jangan tak percaya.Korang tak perlu sediakan bahan-bahan yang pelik dan mahal dalam penyediaan masakan kampung cukuplah sekadar daun-daun kayu dan bahan-bahan biasa yang ada di rumah.
Tapi awas jika korang terlalu sukakan dengan masakan kampung kerana makanan ini boleh menjadikan seseorang itu gemuk dalam jangka masa yang singkat.Pernah korang timbang berat badan selepas pulang dari kampung? Atau ada yang menegur kamu nampak berisi selepas bercuti dari kampung? 
Cuba bayangkan kalau sekarang ni terhidang ikan bakar,sambal belacan,ulam petai,tenggek burung dan nasi panas di depan mata korang,adakah korang akan menolak dan memilih untuk  makan makanan yang mahal?Pastinya tidak kan? Sudah menjadi kebiasaan apabila pulang ke kampung nafsu makan menjadi buas.Makan,makan,makan dan makan lagi.Lebih teruk lagi makannya sentiasa bertambah.
Budu cukup popular dalam hidangan orang Kelantan.Saya juga tahu bahawa orang bukan Kelantan pun ramai yang sukakan budu.Budu ni sedap kalau dilenyek dengan cili,diperah asam limau dan diletakkan tempoyak.
Ikan goreng kunyit,sambal cili,ulam terung dan bendi yang dicelur,sambal cili special untuk perut dan perut lembu.Ini adalah yang saya makan ketika pulang ke kampung baru-baru ini.
Ini adalah hidangan kepada kawan yang datang ke rumah dan dibawanya petai dan popia goreng yang dibelinya di pasar malam on the way ke rumah saya..Saya pula masak sambal udang,sambal cili dan goreng ayam untuk dinner kami.
Kalau gini la makan hari-hari mau tak bertambah berat badan.Jadi kena la berjaga-jaga sekiranya menikmati hidangan kampung dan simple kerana hidangan ni boleh menjadikan kita ni menjadi gemuk.
Kena ingat nak kurus bukan senang tau!!



Tuesday, 12 December 2017

Murah Dan Sedap Di Polperro Steak House Shah Alam Seksyen 7

Ketika kaki ni pertama kali melangkah ke sini dulu mula mula fikir mesti mahal seperti restoran restoran yang lain.Tapi takpe lah bukannya nak datang makan setiap masa kat sini kan.Ntah-ntah ni kali pertama dan terakhir.Ooopppss.Masa tu bukan main Confident lagi cakap macam tu walhal belum pun lagi tengok menunya.Masa ni kami saya ambil ruang bahagian dalam restoran dan tepi dinding sebab nak duduk selesa sikit.Citu ada sofa.Hehehe.
Kali kedua saya pergi baru je lagi sebab teringin sangat nak makan chicken chop.Kali kedua? Haaaa ni saya ni kongsi cerita dengan korang ni.Masa first time pegi bukan main lagi kan saya fikir mungkin itu kali terakhir saya makan di sini tapi saya silap.Kali ni saya datang lagi dengan rasa gembira dan tak malu dengan kata-kata saya sebelum ini.Hahaha. 
Apa yang menarik di sini ialah tentang harga makanan yang murah diberikan kepada setiap menu yang ditawarkan.Portion yang diberikan juga cukup besar dan begitu mengenyangkan.Eh bukan,paling tepat ialah terlebih kenyang sebenarnya jika makan di sini.Korang juga tak perlu susah-susah tambah duit untuk order side dish sebab main dish pun jenuh nak menghabiskannya.Tapi jika Korang adalah orang yang berselera besar mungkin takde masalah nak order lebih dari satu menu.janji korang boleh habiskan.Membazir itu saudara syaitaannn.
Gambar kat bawah ni ketika kali kedua saya makan di sini.Chicken Chop Rm9.90 sahaja.Saya ulangi hanya RM9.90 sahaja.Jus orange yang saya order juga hanyalah RM3.50.Mungkin ada yang fikir ‘alaaaaa tempat lain ada je chicken chop yang harga rm6.90 je’.Saya nak bagitau sebenarnya harga ni cukup murah bagi sesebuah restoran western apatah lagi saiz hidangan yang besar.


Sesiapa yang belum pernah cuba makan kat sini saya sarankan agar korang pergilah cuba makan di sini.Dah cuba nanti jangan lupa share pendapat korang ya.

Alamat              : 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 5pm - 1.30am



Monday, 4 December 2017

Chicken Dumpling Soup Yang Lazat Di Chicken Rice Shop

Dinner di Chicken Rice Shop bukanlah pengalaman baru bagi saya kerana restoran ni sudah disenaraikan sebagai restoran kegemaran saya.Hearty Value Meal sudah menjadi pilihan utama saya dan sudah pasti saya memilih Hainanese Chicken Rice Meal lagipun set ni sekali dengan pie tie kegilaan saya.Pernah tak korang makan di pie tie di sini? Mesti pernah kan? Jika makan pie tie sedap sangat kalau korang letak sambal cili yang diberi dan sedikit halia hancur tu dan makan pie tie tu dengan sekali ngap je.Tetiba meleleh pula air liur ni.
Untuk kali ni saya order meal set seperti biasa dan kawan saya order chicken dumpling soup sebagai tambahan.This is the first time saya makan chicken dumpling soup di sini and what can i say is absolutely delicious.Really.Di bawah ni saya sertakan gambar chicken dumpling soup yang ada di Chicken Rice Shop.Nampak lazat kan?

Friday, 1 December 2017

Resepi Sup Sayur Kentang Yang Enak Dan Simple

Malam-malam ni perut tetiba lapar tapi malas pula saya nak masak nasi.Saya fikir kalau masak nasi jenuh jugak nak menunggu nasi tu masak.Itu belum campur lagi nak kena buat lauk yang masih berada di tempat beku dalam peti.Boleh ke perut saya yang tengah seronok bernyanyi-nyanyi ni bertahan.Kalau buat air makan dengan biskut confirm perut yang tengah kebuluran ni tak boleh kenyang.Adoiii pening ah.
Hah senang-senang buat sup.Kentang dengan sayur pun ada nih.Nak masak sup bukannya susah pun kan main campak-campak je dalam periuk.Takde skil masak pun boleh jadi sup.Kacang je ni.
Kat bawah ni saya share resepinya.
Bahan-bahan
  • Ubi kentang
  • Carrot
  • Sawi
  • Tomato cherry
  • Kubis
  • Kiub pati ayam knorr
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Cili burung

Cara membuatnya
  1. Tumis dulu bawang putih dan merah yang telah dipotong.Guna sedikit sahaja minyak masak ya lebih kurang satu sudu makan. 
  2. Masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu.Kalau nak potong besar-besar pun boleh tapi kena masak lama sikit bagi kentang tu empuk.
  3. Masukkan segelas air.Kalau nak kuah sup lebih boleh bubuh dua gelas air.
  4. Masukkan satu kiub pati ayam Knorr dan biarkan memdidih sehingga ubi kentang hampir masak.
  5. Kacau sekejap kemudian masukkan kesemua sayur yang dipotong serta cili.
  6. Apabila sayur dah masak boleh la kalau nak tutup api dapur.
  7. Hidang ketika sup masih panas dan sebelum makan tambahkan serbuk lada hitam,bawang goreng dan perahan air asam limau.
Haa simple saja kan..10 minit je masak dah boleh makan.Selamat mencuba!


YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © 2025. Designed by MaisarahSidi.com