Pages

Tuesday 29 May 2018

Resepi Tauhu Begedil


Sedap.Itu adalah ungkapan paling sesuai ketika pertama kali saya mencubanya.Pada awalnya tak yakin sangat takut tak sedap tp bak kata pepatah belum cuba belum tahu.So saya decided untuk order dulu 1 small box.Boleh tahan mahal gak harga dia Rm11 sekotak.Total dalam tu ada 9 ketul jadi satu ketul jatuh kepada Rm1.10 seketul.Saya share cara membuatnya supaya kita boleh buat sendiri kerana jauh lebih jimat.

RESEPI TAUHU BEGEDIL

bahan - bahan
  • Satu per empat isi ayam
  • 4 biji kentang
  • 10 ketul tauhu
  • Daun sup atau daun bawang
  • Bawang goreng
  • Minyak masak
  • Garam
  • Telur ayam


Cara membuatnya
  1. Ayam dan kentang digoreng terlebih dahulu.Jangan lupa potong kentang terlebih dahulu supaya cepat masak.Potong kecik-kecik pun takpe.
  2. Goreng tauhu ala kadar je bagi kuning-kuning sikit di bahagian luar.Letak dalam bekas asing.
  3. Masukkan ayam dan kentang ke dalam bekas.Lenyek sampai hancur.
  4. Potong daun sup atau kalau tiada daun bawang pun boleh.Campur ke dalam bekas yang berisi ayam dan kentang tadi.
  5. Masukkan bawang goreng ikut suka berapa banyak yang korang mahukan.
  6. Masukkan garam secukup rasa.Gaul kesemuanya sebati.
  7. Ambil tauhu tadi dan korek di bahagian tengah.Macam kita nak buat lubang kat tauhu tu.
  8. Sumbat kesemua bahan yang dilenyek dan digaul sebati ke dalam tauhu yang dah berlubang tu.Sumbat bagi padat ya.Tak mau kedekut-kedekut okay.
  9. Panaskan minyak masak dalam kuali.Sementara tunggu minyak panas pecahkan telur ayam dalam bekas lain pula dan celup tauhu tu dengan telur ayam.
  10. Goreng sampai garing dan masak.


Sambal  kicap
  • Cili 5 biji.Kalau nak pedas lagi boleh tambah cili.
  • Garam secukup rasa
  • Kicap

  1. Tumbuk cili dengan garam dan bawang putih bagi lumat.Dinasihatkan buang terlebih dahulu biji cili .(bahaya)
  2. Masukkan kicap dan gaul.






No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com