Pages

Thursday, 17 May 2018

Cara Mudah Buat Sambal Mempelam

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadhan dah kita ya.Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa dan sudah pasti menjadi topik paling kerap dibincangkan adalah juadah berbuka puasa.Tidak kiralah berbelanja di bazar ramadhan mahupun masak sendiri di rumah kepala tetap pening memikirkan tentang juadah yang ingin dinikmati ketika berbuka nanti.
Apa kata kita belajar cara buat sambal mempelam kerana sambal boleh dinikmati dengan apa jua jenis makanan bagi pemikat selera.

 Di sini saya kongsikan resepi sambal mempelam muda
  • mempelam telur (mangga muda)
  • ikan rebus yang direbus dengan garam,asam keping dan bawang merah
  • cili merah
  1. Mempelam telur dibuang kulit dan dipotong kecik
  2. Tumbuk cili dengan lesung batu 
  3. masukkan mempelam dan tumbuk sehingga hancur
  4. masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga isi ikan hancur dan sebati dengan bahan-bahan yang lain.

8-10  biji cili,ikan saiz kecik dua ekor dan  mempelam dua biji sebenarnya boleh dimakan seisi keluarga.Tapi saya makan sorang je sebab saya suka sambal.Oleh itu saya makan banyak tak cukup untuk orang lain.


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com