Pages

Thursday, 10 May 2018

Daebak!! Meal Set Korean Food For 2 Person Rm56.85 Only.

Jika perut tersangat lapar dan ingin mencari makanan yang murah tapi mengenyangkan sepanjang hari boleh la cuba makan di restoran korea iaitu Dubuyo.Restoran ini boleh didapati di IOI Mall Puchong,Sunway Putra Mall,Times Square dan di mall-mall yang besar.Okay pic dekat atas tu saya makan di IOI Mall Puchong.Masa ni lepas habis kerja half day hari sabtu,no lunch break masa kerja.One of my bestfriend temankan saya ke IOI Mall Puchong untuk mengambil barang yang saya tempah beberapa minggu yang lalu.Apabila buat keputusan untuk makan saya memilih Dubuyo kerana masih belum lunch dan jam sudah menunjukkan 5 petang.Boleh terus dinner sekali.
Saya ambil set meal yang sama sebelum ini cuma saya tukar pilihan lain kerana set ini mempunyai pilihan samada inginkan seafood,chicken or beef.

Okay pilihan kami kali ini adalah
  • Soondubu Jigae Beef -pilihan lain seafood or chicken
  • honey garlic bulgogi beef - pilihan lain seafood or chicken
  • 2 dubu-dubu rice
  • 2 roasted barley tea
  • 2 set banchan 
  • 2 mangkuk sup
  • 2 citron dubu
Dengan harga hanya RM56.85 maka sorang hanya perlu bayar RM28.50 sahaja untuk makan semua kesemua itu.Lagi pula bukannya selalu makan di Dubuyo.Entah-entah 2 kali je setahun.Tapi percayalah sememangnya dengan harga itu cukup mengenyangkan perut sepanjang hari.Tapi tak tahu lah kalau perut korang tetap kena makan tiga kali sehari hari tu walaupun selepas makan semua ini.kekeke.Apa yang menarik ketika ini adalah kimchinya yang sedap.Saya dah cuba beberapa kali makan kimchi di beberapa tempat tapi ini adalah kimchi yang buat saya sukakannya.Adakah ini sebenar-benarnya rasa kimchi?
Tapi memang terbaiklah kimchi kali ni.First time saya suka makan kimchi.Honey garlic bulgogi beef pun first time makan dan i love it.


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com