Pages

Tuesday 29 May 2018

Resepi Tauhu Begedil


Sedap.Itu adalah ungkapan paling sesuai ketika pertama kali saya mencubanya.Pada awalnya tak yakin sangat takut tak sedap tp bak kata pepatah belum cuba belum tahu.So saya decided untuk order dulu 1 small box.Boleh tahan mahal gak harga dia Rm11 sekotak.Total dalam tu ada 9 ketul jadi satu ketul jatuh kepada Rm1.10 seketul.Saya share cara membuatnya supaya kita boleh buat sendiri kerana jauh lebih jimat.

RESEPI TAUHU BEGEDIL

bahan - bahan
  • Satu per empat isi ayam
  • 4 biji kentang
  • 10 ketul tauhu
  • Daun sup atau daun bawang
  • Bawang goreng
  • Minyak masak
  • Garam
  • Telur ayam


Cara membuatnya
  1. Ayam dan kentang digoreng terlebih dahulu.Jangan lupa potong kentang terlebih dahulu supaya cepat masak.Potong kecik-kecik pun takpe.
  2. Goreng tauhu ala kadar je bagi kuning-kuning sikit di bahagian luar.Letak dalam bekas asing.
  3. Masukkan ayam dan kentang ke dalam bekas.Lenyek sampai hancur.
  4. Potong daun sup atau kalau tiada daun bawang pun boleh.Campur ke dalam bekas yang berisi ayam dan kentang tadi.
  5. Masukkan bawang goreng ikut suka berapa banyak yang korang mahukan.
  6. Masukkan garam secukup rasa.Gaul kesemuanya sebati.
  7. Ambil tauhu tadi dan korek di bahagian tengah.Macam kita nak buat lubang kat tauhu tu.
  8. Sumbat kesemua bahan yang dilenyek dan digaul sebati ke dalam tauhu yang dah berlubang tu.Sumbat bagi padat ya.Tak mau kedekut-kedekut okay.
  9. Panaskan minyak masak dalam kuali.Sementara tunggu minyak panas pecahkan telur ayam dalam bekas lain pula dan celup tauhu tu dengan telur ayam.
  10. Goreng sampai garing dan masak.


Sambal  kicap
  • Cili 5 biji.Kalau nak pedas lagi boleh tambah cili.
  • Garam secukup rasa
  • Kicap

  1. Tumbuk cili dengan garam dan bawang putih bagi lumat.Dinasihatkan buang terlebih dahulu biji cili .(bahaya)
  2. Masukkan kicap dan gaul.






Sunday 20 May 2018

Cara Buat Mempelam Jeruk

Mempelam ni bagi yang tak kenal merupakan buah mangga yang bersaiz kecil dan masam.Mempelam muda amatlah sesuai jika dibuat colek,jeruk,sambal dan kerabu.Ermm tetiba pulak meleleh air liur.
Okay bawah saya cara nak nak mempelam jeruk

Buah mempelam dipotong terlebih dahulu.Kemudian direndam dengan air garam semalaman.
Didihkan air dan masak bersama dengan gula.Kiranya kita buat air gula.Gula tu kalau boleh letak lebih sedikit bagi rasa manis.Sejukkan air gula.

Mempelam yang direndam air garam boleh la ditoskan air garam tersebut dan masukkan mempelam ke dalam bekas tertutup.

Siram air gula yang dah sejuk ke dalam bekas berisi mempelam.

Kalau nak pedas boleh potong cili dan masukkan ke dalam bekas tersebut.

Biarkan beberapa hari sebelum makan.Siap.Senang je kan?






Thursday 17 May 2018

Cara Mudah Buat Sambal Mempelam

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadhan dah kita ya.Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa dan sudah pasti menjadi topik paling kerap dibincangkan adalah juadah berbuka puasa.Tidak kiralah berbelanja di bazar ramadhan mahupun masak sendiri di rumah kepala tetap pening memikirkan tentang juadah yang ingin dinikmati ketika berbuka nanti.
Apa kata kita belajar cara buat sambal mempelam kerana sambal boleh dinikmati dengan apa jua jenis makanan bagi pemikat selera.

 Di sini saya kongsikan resepi sambal mempelam muda
  • mempelam telur (mangga muda)
  • ikan rebus yang direbus dengan garam,asam keping dan bawang merah
  • cili merah
  1. Mempelam telur dibuang kulit dan dipotong kecik
  2. Tumbuk cili dengan lesung batu 
  3. masukkan mempelam dan tumbuk sehingga hancur
  4. masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga isi ikan hancur dan sebati dengan bahan-bahan yang lain.

8-10  biji cili,ikan saiz kecik dua ekor dan  mempelam dua biji sebenarnya boleh dimakan seisi keluarga.Tapi saya makan sorang je sebab saya suka sambal.Oleh itu saya makan banyak tak cukup untuk orang lain.


Thursday 10 May 2018

Daebak!! Meal Set Korean Food For 2 Person Rm56.85 Only.

Jika perut tersangat lapar dan ingin mencari makanan yang murah tapi mengenyangkan sepanjang hari boleh la cuba makan di restoran korea iaitu Dubuyo.Restoran ini boleh didapati di IOI Mall Puchong,Sunway Putra Mall,Times Square dan di mall-mall yang besar.Okay pic dekat atas tu saya makan di IOI Mall Puchong.Masa ni lepas habis kerja half day hari sabtu,no lunch break masa kerja.One of my bestfriend temankan saya ke IOI Mall Puchong untuk mengambil barang yang saya tempah beberapa minggu yang lalu.Apabila buat keputusan untuk makan saya memilih Dubuyo kerana masih belum lunch dan jam sudah menunjukkan 5 petang.Boleh terus dinner sekali.
Saya ambil set meal yang sama sebelum ini cuma saya tukar pilihan lain kerana set ini mempunyai pilihan samada inginkan seafood,chicken or beef.

Okay pilihan kami kali ini adalah
  • Soondubu Jigae Beef -pilihan lain seafood or chicken
  • honey garlic bulgogi beef - pilihan lain seafood or chicken
  • 2 dubu-dubu rice
  • 2 roasted barley tea
  • 2 set banchan 
  • 2 mangkuk sup
  • 2 citron dubu
Dengan harga hanya RM56.85 maka sorang hanya perlu bayar RM28.50 sahaja untuk makan semua kesemua itu.Lagi pula bukannya selalu makan di Dubuyo.Entah-entah 2 kali je setahun.Tapi percayalah sememangnya dengan harga itu cukup mengenyangkan perut sepanjang hari.Tapi tak tahu lah kalau perut korang tetap kena makan tiga kali sehari hari tu walaupun selepas makan semua ini.kekeke.Apa yang menarik ketika ini adalah kimchinya yang sedap.Saya dah cuba beberapa kali makan kimchi di beberapa tempat tapi ini adalah kimchi yang buat saya sukakannya.Adakah ini sebenar-benarnya rasa kimchi?
Tapi memang terbaiklah kimchi kali ni.First time saya suka makan kimchi.Honey garlic bulgogi beef pun first time makan dan i love it.


Resepi Nasi Goreng Kacang Botor

nasi goreng yang ringkas
tak perlu pening-pening kalau takde barang dapur tapi perut lapar minta diisi.
Di sini saya kongsi resepi ringkas untuk untuk buat nasi goreng.

Resepi Nasi Goreng Kacang Botor
(2 orang makan)

Bahan-bahan

  • 2 mangkuk Nasi Putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 biji cili padi/burung
  • 4 batang kacang botor
  • Sebiji telur ayam
  • Minyak masak
  • Garam

caranya adalah:

  1. Bawang merah dan cili ditumbuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk.
  3. Pecahkan telur di dalam kuali dan kacau sekejap.Masukkan kacang botor yang telah dihiris sederhana tebal.
  4. Masukkan nasi putih dan garam secukup rasa. Kacau kesemuanya dalam 5 minit.Boleh tutup api dan hidang.
YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com