Pages

Sunday 4 February 2018

Resepi Mudah Buat Pancake Yang Gebu


Hari ni saya taknak buat lempeng yang biasa saya buat selama ini.Lempeng kosong yang simple iaitu tepung gandum yang dibancuh bersama dengan air masak.Boleh dimakan bersama dengan gula atau sambal ikan bilis.Kali ni saya nak buat lempeng ala-ala barat pula atau lebih tepat lagi kita panggil Pancake.
Kat bawah ni saya nak share resepi paling mudah untuk buat pancake.

bahan-bahan 
  • tepung gandum        : 1 mangkuk sederhana
  • susu rendah lemak : tuang secukupnya
  • soda bikarbonat      : 1 sudu kecil
  • gula                             : 4 sudu besar
  • garam                         : 1 sudu kecil

cara penyediaan bahan-bahannya
  1. campurkan kesemua bahan di atas iaitu tepung gandum,soda bikarbonat,gula dan garam.Gaul rata.
  2. Tuangkan susu rendah lemak ke dalam campuran tepung tadi.
  3. Seberapa banyak susu bergantung kepada kuantiti tepung gandum.Jika bancuhan korang masih  keras boleh tambah lagi susu rendah lemak sehingga bancuhan pancake tu sebati dan sedikit cair.
  4. Pastikan bancuhan tepung tidak berketul-ketul ya.
  5. Biarkan dalam 15 minit.

cara memasaknya

  •  Sediakan non-stick pan.Gunakan saiz api yang kecil.
  • Tuang bancuhan pancake tersebut ke dalam kuali mengikut saiz yang diinginkan.(Saya tidak menggunakan minyak mahupun marjerin.)
  • Kalau korang tiada kuali tahan lekat boleh guna kuali biasa je.Tapi pastikan letak sedikit marjerin terlebih dahulu bagi mengelakkan pancake melekat di kuali.Nak buat macam mana kalau dah takde takkan nak pergi beli kuali ni semata-mata nak buat lempeng ala barat ni ya tak..
  • Biarkan pancake tersebut sehingga terbentuk lubang-lubang seperti gambar di bawah.
  • Terbalikkan pancake supaya bahagian atas pula yang masak.



Taraaaaa dah siap.Saya cuma buat empat keping sahaja kerana hanya saya sorang saja yang makan.Bancuhan selebihnya saya simpan di dalam peti untuk dinner pula.Makan lempeng je lah sehari suntuk hari ni.
Untuk pancake saya,saya tuang sedikit madu di atasnya.Saje bagi nampak meleleh sikit.

No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com