Pages

Tuesday 6 March 2018

Resepi Spaghetti Carbonara Ala-Ala Melayu

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi resepi spaghetti carbonara yang diberi sedikit kelainan mengikut selera makan saya.Pada awalnya saya ragu-ragu kerana risau perubahan yang dilakukan ini silap-silap haribulan ke tong sampah pula akhirnya.
Alhamdulillah setelah siap spagetti  ni bukan setakat nampak menarik tapi rasanya juga sedap.Chewaah.
Kuantiti untuk 2 orang makan.
Bahan - bahan
  • Spaghetti direbus
  • Carbonara Mushroom (Prego)
  • Sosej dipotong
  • Low Fat Milk
  • Broccoli dipotong
  • Carrot dipotong
  • Bawang Merah 2 ulas dicincang
  • Bawang Kuning separuh dicincang
  • I keping cheese
  • Garam
Cara membuatnya
Rebus spaghetti sehingga lembut mengikut jumlah yang ingin dimasak.
Sementara itu untuk sosnya pula boleh ikut langkah dibawah.
  1. Tumis terlebih dahulu bawang merah dan bawang kuning yang telah dicincang kasar dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan carbonara mushroom (separuh dari botol) dan kacau sebentar.Tuang low fat milk sehingga kuah menjadi cair.
  3. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.Masukkan sedikit garam,broccoli,carrot,sosej dan spagheti yang telah direbus.
  4. Gaul sebentar dan biarkan sehingga sayur masak.
  5. Last sekali carik-carik cheese dan dtabur ke dalam spaghetti.Cheese ini akan meleleh apabila terkena spaghetti yang panas.
tadaaa nyum nyum.



No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com