Pages

Thursday 23 November 2017

Gemarkan Makanan Jepun?Sushi King Adalah Pilihan Yang Tepat

19 November 2017
Yeeahh kali ni dapat jumpa my bestfriend again di tempat yang sama iaitu Kl Sentral lepas tu kami sama sama bergerak ke Times Square Kuala Lumpur menaiki Monorail.Actually kami takde plan apa apa pun cuma kami hanya nak habiskan masa cuti bersama-sama itu saje.Bukan senang tau nak jumpa dia sebab cuti dia ni agak complex sikit,kadang hari sabtu,kadang hari ahad,kadang hari isnin,kadang hari selasa hah macam tu  la cuti dia.Saya pula maintain je hari ahad dan public holiday.Bila roaster dia keluar je dia akan tengok date cuti dia yang jatuh hari ahad pastu dia akan bagitau saya jika ada.Saya akan block kan date tu untuk khas untuk dia je.Hehehe
Tiba di Times Square pukul 11 lebih kitorang terus putuskan tempat makan untuk lunch.Banyak pula tempat makan yang dia pilih last last kitorang putuskan makan di Sushi King.
Sushi King?Saya bukan la penggemar makanan jepun tapi saya suka mencuba.Ini lah kali pertama saya masuk restoran Sushi King so let's try.
Sebelum ni pernah juga la nak cuba makan di Sushi King tapi takut tak boleh telan pula makanan yang popular kat jepun ni jadi perasaan beriya-iya sangat nak mencuba tu takde.Berbeza pula kali ni saya agak teruja untuk merasai makanan di Sushi King.Melihat segala rupa sushi yang melalui belt bagi saya sangat la cantik dan kemas.
Ebi Ten
Premium Salmon
Inari Boat Tuna Mayo

  1. Ebi Ten : Meletakkan 2 ekor udang yang disalut dengan tepung dan digoreng garing.Kemudian udang tu dibalut dengan seaweed bersama dengan nasi.Rasanya agak kering jika tidak dicicah dengan kicap yang disediakan.But I love this one.
  2. Premium Salmon : Hirisan salmon yang segar diletakkan di atas nasi.Itu je.Saya pernah beli di Aeon Mall yang dah siap pack tapi di sini rasanya jauh berbeza.I mean lebih sedap dan kerana itu saya boleh habiskannya tapi bukan favourite saya.Sori.
  3. Inari Boat Tuna mayo : Saya tak pasti dengan yang ini.Saya fikir ini adalah tauhu yang disumbat dengan sayur timun yang diparut,isi tuna serta mayo.I think so.hahahaha.However saya sukakannya.
Bento
Bento adalah Lunch box yang popular di jepun.Ianya bukanlah perkara yang pelik jika rakyat jepun membawa bento ke mana saja mereka pergi.Kat bawah contoh bento yang ada di Sushi King.

Yakiniku Chicken Katsu Bento
Unknown sebab member saya yang order.

Bagi saya Sushi King bukanlah teruk sepertimana yang saya bayangkan.Rasa sushi di sini jauh berbeza dengan sushi yang dijual di kedai-kedai biasa.Ada dua jenis kicap iaitu kicap masin dan manis.Kedua duanya sedap,rasanya tak sama seperti rasa kicap yang dibungkus bersama sushi yang di jual di mall.Jika korang seperti saya yang merasakan sushi king bukanlah tempat yang sedap saya sarankan agar korang cuba dulu.Tak cuba macam mana nak tau kena dengan selera kita ke tak,betul tak?





Monday 20 November 2017

Mee Sedap Tanpa Bahan Pengawet 100% Asli



Okay cite ni berlaku last week pada hari sabtu pukul 2pm dimana my friend Kak Zue yang saya dah anggap macam kakak saya jemput saya dari tempat kerja.Dia mintak saya temankan dia pergi tesco Shah Alam nak beli makanan kucing katanya.Ok la saya setuju temankan dia pergi beli makanan kucing di tesco.Pada awalnya takde la plan nak makan sebab katanya sekejap je.Tapi biasa la kan kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.
Alaaa korang pun mesti biasa macam ni kan,lain yang dirancang lain pula yang jadi.Saya sendiri pun asalnya nak temankan dia beli makanan kucing je tup tup saya pula yang shopping kat tesco tu.Alaahaiii.Takpe la shopping barang dapur je bukan barang yang bukan bukan.Sakit hati bila sampai di kaunter bayaran takde plastik.Nak bayar 20sen pun taknak bagi.Aduiiiiii sumbat la segala sayur dan botol kicap dalam handbag.
Lama pulak kitorng kat tesco ni.Makan la dulu.Ada satu gerai kat food court ni mee yang disediakan merupakan mee yang dia buat sendiri.Haa jangan tak percaya.
Ni haaaa saya lupa nama dia.Ermmm maybe Chicken Qinghai Noodles or Chinese Qinghai Noodles? Gerai ni ada di food court Tesco.Biasanya kita memang tak peduli kan no gerai?kita lebih fokus apa yang gerai tu jual betul tak?Jadi gerai yang mana tu saya tak tau boleh buat tinjauan sendiri kalau ke food court tesco Shah Alam.Soriiii.
Tengok la mee dia fresh gitu.Try la.Bagi saya memang sedap.Korang nak tau kenapa? Sebab saya tak minat mee tapi kalau makan kat sini saya boleh habiskan satu pinggan tu sekejap saja.Gambar kat atas tu saya punya mee,Chinese Qinghai Noodles namanya.I think so.hahaha.Lupa nama dia.But nama Qinghai Noodles tu pasti.
Kat atas ni pula Beef Noodles Soup With Veggie.Yang ini Kak Zue yang order.

So how adakah korang rasa nak cuba mee kuning ni.

Wednesday 15 November 2017

Hot & Roll Pilihan Bijak Buat Penggemar Makan Santai



Jika anda mencari makanan simple dan cepat Hot & Roll boleh dijadikan sebagai pilihan anda.Pelbagai menu menarik disediakan di sini seperti Sweet Crispy Wrap,Sweet Paratha Wrap,Savoury Crispy Wrap,Savoury Paratha Wrap,Chapatti Wrap,Pita Wrap dan Wholemeal Wrap. Minuman juga disediakan seperti Homesoy,Orange Juice,Ice Lemon Tea,Milo dan banyak lagi.
Di bawah ni adalah senarai menu yang disedikan di Hot & Roll.Menarik kan jika melihat menu yang ditawarkan.



             
BBQ Chicken Pita Wrap
Cheezy Beef Wholemeal Wrap
Masa yang diambil untuk menyiapkan hidangan yang dipinta pelanggan juga tidaklah lama lebih kurang 10 minit sahaja.Anda boleh makan di gerai Hot & Roll sambil melepak ataupun boleh makan sambil berjalan menuju ke destinasi anda.
Dari segi harga bagi saya tidaklah murah dan tidak juga mahal.Still boleh diterima kerana bahan yang digunakan juga boleh tahan mahalnya especially cheese,beef and chicken.Lagipun Hot&Roll ini bukanlah makanan yang boleh mengenyangkan perut berjam jam lamanya.Hanya sekadar buat alas perut yang kosong atau makan santai.Makanan ini boleh dikategorikan sebagai makanan santai seperti cekodok,pisang goreng,keropok lekor dan roti canai.


Thursday 2 November 2017

DubuYo : Restoran Makanan Korea Yang Popular

Assalamualaikum
Dubuyo...First time saya kenal restoran ni ketika saya pergi ke Sunway Putra Mall yang terletak di Jalan Putra.Tengah syok berjalan ternampak la restoran DuboYo yang mempamerkan beberapa set makanan palsu yang dijadikan contoh buat pelanggan.Nampak menyelerakan  apabila melihat set makanan yang diperbuat daripada plastik itu. I think..sebab nampak macam plastik.hehehe
Kemudian ada pula member saya sorang ni suka sangat posting segala makanan kat facebook miliknya berkongsi tentang makanan korea.Ah maklum lah dia peminat korea dan sudah pun melawat negara kesukaannya itu.Sejak balik  melancong dari Korea dia mula belajar buat kimchi dan sushi.Kadang kadang dia share makanan korea yang dia masak dan paling haru biru bila dia post yang dia makan di DuboYo..tempat yang saya teringin nak cuba makanannya.Kecewa betul rasa hati ini.
“Satu hari nanti aku akan merasai makanan di DuboYo”.Bisik hati kecilku.
And finally one of my bestfriend her name is Zuraizazuria yang saya gelarkannya sebagai Zeck sebab nama dia banyak sangat huruf Z telah membawa saya ke Du-bu-Yo…Yeaahhhh thank you Zeck.Kami pun decided untuk berjumpa di KL Sentral and pergi ke Times Square together.So kat sini restoran DubuYo berada di Level 4 bersebelahan dengan Tokyo Kitchen.First time ni nak makan di DuboYo bukan main excited lagi apatah lagi  makan bersama bestfriend yang jarang jarang jumpa.Berganda ganda perasaan happy saya ni tau.
Kami ambil set untuk 2 orang makan dengan harga Rm56.85 sahaja.Berbaloi yang teramat kerana ada banyak hidangan.Apatah lagi  makanan korea biasanya mahal.set yang kami pilih adalah 
  • 2 dubu-dubu rice
  • Honey garlic bulgogi(chicken or beef), or korean spicy wings or honey mustard wings
  • Banchan ataupun side dish
  • 2 dessert
  • Soondubu Jigae(beef,chicken or seafood)
  • 2 roasted barley tea
1.Nasi dubu-dubu
Nasi dubu-dubu rupa dia macam nasi dagang ataupun pulut merah.Mungkin juga boleh samakan dengan beras perang?Ermmm maybe not.Hebatnya nasi ni tidak terlalu melekit atau lembik tapi boleh dimakan  menggunakan chopstik dengan senang.Rasa cam tak caya je saya guna chopstick makan nasi.
2. Korean Spicy Wings(6 ketul ayam) - *terdapat pilihan lain 
Saya cuma mampu makan 2 ketul sahaja.Dah usaha dah untuk tambah 1 ketul lagi tapi tak boleh.Kenyang sangat sampai  nak termuntah dah.Last last selebihnya saya minta si Zeck habiskan.Bagus kan ada member yang boleh habiskan makanan walau banyak mana pun.Membazir itukan saudara syaitaaaann.
3.Banchan ataupun side dish
3 mangkuk diberikan setiap seorang.Mangkuk kecil je don't worry.'Banchan ni terdiri daripada sayur/kimchi dan soup.Yang ni pun saya bagi member makan.Saya makan sikit je.Hahahahaha.Ntah kenapa la perut saya tak boleh nak sumbat banyak makanan masa ni.
5.Soondubu Jigae- *Beef,seafood or chicken
Untuk jigae ni kami pilih beef sebab kami dah pilih chicken wings so kami tak mau chicken lagi.Soondubu jigae ni ada tauhu,telur separuh masak,beef dan juga kimchi.
6.Dessert
i have no idea what they call for this dessert.Look like Tofu Fa tapi lebih sedap dari tu.Serius saya katakan memang sedap. i love it.For dessert I recomended this for everyone.Saya bukan lah pencinta makanan korea or Tofu Fa but dessert ni telah buat saya jatuh cinta.Yang  kuning tu ada rasa citron.Sweet sour gitu.
7.Barley tea
First time saya minum roasted barley tea agak pelik rasanya.Sampai  berkelip kelip mata cuba menyesuaikan rasa dengan lidah saya.But after beberapa kali hirup tetiba rasa sedap pula air ni.
Kat sini ada tv tapi hanya menayangkan music video korea sahaja.Confius dengan si Zeck ni nak pilih menu ke nak tengok video.Kusyuk bukan main lagi dia tengok tv tu.Sepanjang makan kat situ tunggu jugak la music video my favourite artist TVXQ/TOHOSHINKI-Artis lagenda Korea and Jepun yang mencipta nama di Jepun tapi sayangnya tiada.How can the greatest artist takde!Marah ni..grrrrrrr
Sementara menunggu soondubu jigae sampai kami makan dulu apa yang ada..
Walaupun meal set yang kami ambil ada banyak hidangan tapi kami tidak menunggu lama.Mereka memberi service yang tip top punya.Ketika kami makan di Times Square less than 5 minutes Barley tea,rice and banchan  sampai ke kami.In 10 minutes our chicken wings pun sampai.Last soondubu jjigae pun datang la terhidang di depan mata kami.Wow less than 15 minutes only! 5*.
Jom Zeck makan lagi kat sini.Kita try menu lain pula.

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com