Pages

Tuesday 10 October 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak Yang sedap

New movie title The Foreigner telah pun ditayangkan di seluruh pawagam.Cite ni dilakonkan oleh one of the most my favourite actor Jackie Chan so saya taknak ketinggalan menyaksikan filem lakonannya.Hari sabtu 7 Oct 2017 jam menunjukkan pukul 2.05pm dah terlepas untuk tayangan 1.55pm.Next waktu tayangan pula lambat lagi iaitu pukul 4.05pm.Terpaksalah tunggu lagi 2 jam.

Ok takpe lah sambil nak tunggu lagi 2 jam tu boleh la lunch dulu kat mana mana kedai berhampiran.Ketika ni saya bersama dengan member satu tempat kerja dan dia pun bawalah la saya ke kedai makan yang tak pernah saya kunjungi.Banyak juga pilihan kat sini tapi saya memilih ikan patin masak tempoyak yang mana bagi saya nampak paling sedap di antara semua lauk di situ.

Selain ikan patin masak tempoyak saya juga ambil kerabu perut,ulam tenggek burung dan sambal belacan.Air pula saya order sirap limau ais.Dalam fikiran nak order limau ais tapi ntah kenapa mulut  ni gatal pegi cakap sirap limau ais pula.Aishhh..

Salah sorang pekerja datang ke meja kiorang dan buat kira kira.Total harga yang perlu saya bayar Rm7.70.Wow murah kalau nak dibandingkan tempat makan yang lain.Biasanya nasi putih dengan ikan patin saja pun dah cecah Rm5.
Haaa ni gambar ikan patin masak tempoyak yang saya makan kat kedai ni.


Monday 9 October 2017

Resepi Cekodok Kentang Yang Rangup

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsi kongsi sikit resepi cekodok yang saya sendri pun tak tahu nama apa.Boleh pulak gitu kan tak tau nama.Resepi ni saya main campak je apa yang ada dalam peti ais.Berkesperimen sikit kali ni.Tapi tak sangka tau sebab bila dah siap rasanya agak sedap.Lain kali boleh la kalau nak buat lagi.
Sebab cekodok ni agak sedap jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi cara membuatnya dengan korang.
okay di bawah ni saya senaraikan bahan bahannya.


Bahan bahan 
  • Tepung gandum
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Bawang besar/kuning
  • Daun sup
  • telur
  • Serbuk roti 
  • Serbuk lada hitam
  • Garam halus
  • Gula

Cara membuatnya

1.Lobak merah,ubi kentang,bawang besar dan daun sup tu potong kecil.Lebih kurang potongdadu gitu.Campur kesemua bahan ini di dalam satu bekas.

2.Tepung gandum,sedikit garam,gula,serbuk lada hitam.Gaul gitu gitu je.
3.Masukkan air putih dan gaul sebati.Tentang kuantiti air bergantung kepada kuantiti bahan.Pastikan adunan tu tidak terlalu cair atau pekat.Sedang sedang je.Kalau cair dia akan lembik jika digoreng dan kalau pekat sangat cekodok akan keras.
4.Masukkan serbuk roti dan telur.Gaul lagi sampai sebati.Asalnya nak celup telur dan golek dalam serbuk roti tapi camner nak bentukkannya pula.
5.last goreng dalam minyak yang panas.
Haa senang je kan?Selamat mencuba.






Friday 6 October 2017

Benarkah Ramen Korea Tersangat Pedas?

Demam Korea sudah lama melanda negara kita sejak munculnya drama Winter Sonata pada tahun 2002.Sape tengok drama ni? Rugi sape yang tak tengok.Tapi dulu popular drama je seperti Winter Sonata,Sad Love Story,Autumn In my Heart,All In,My Girl dan Full House.Namun sejak beberapa tahun ini demam Korea semakin menggila di Malaysia.Gila macam mana tu?Gila dengan Kpop,pakaian,style rambut,barang kecantikan,drama,Aksesori,makanan dan banyak lagi menjadi kegilaan rakyat kita.Pendek kata apa jua bende yang ada kene mengena dengan korea pasti menjadi kegilaan.Nasib tak masuk hosptal bahagia kan.
Ni yang terbaru ni pula pasal Ramen Pedas dari Korea.Haaa apa yang special tentang ramen ni sehinggakan ramai yang buat video cabaran makan ramen dan viralkannya di Insta,facebook dan Youtube?Rata-rata mengatakan tahap kepedasan yang melampau sehingga ramai yang mengalah!Wow sampai begitu sekali pedasnya.

Okay saya fikir saya nak cuba la makan ramen pedas ni dan nak merasa sendiri sejauh manakah tahap kepedasannya.Walaupun agak sedikit ketinggalan kerana fenomena ni bukan la terlalu baru tapi belum terlambat lagi untuk mencuba.Baru tahun ni kan demam ramen pedas ni..
Ini adalah ramen cup yang saya beli di Tesco.Masa ternampak ramen ni tersusun cantik kat rak laju je kaki ni melangkah  ke sana,ngeeee boleh tahan mahal harganya.termenung jap kat situ.Nak beli ke tidak.harga 1 cup ni boleh beli 6 packs mee kari berapi adik kakak abang oiii..Mahal sungguh.Tapi tidak dapat dinafikan barang Korea memang mahal harganya.Takpe la nak cuba kan bukan beli selalu.
Saya bukan jenis peminat rendam maggi dalam air panas.Saya kena masak maggi tu baru sedap.So saya tumis bawang putih dan bawang kuning sehingga naik bau kemudian masukkan sedikit air.Dah mendidih masukkan ramen dan rebus hingga masak.
Kat atas ni adalah perencah ramen.Ada 2 bungkus diberikan dan dibungkus bersama ramen dalam  bekas.Bungkusan merah adalah perencah cili dan satu bungkus lagi yang color black and white tu adalah sesame.Ramen yang dah masak tu saya toskan dan bubuh balik dalam bekas asal.Bubuh perencah cili dan sesame di atas ramen.

Sebelum gaul saya tambah tomato yang dipotong dadu serta daun sup ke dalam ramen.Sekarang masa untuk gaul kesemuanya sebati.Yeaahhh gaul lagi dan gaul lagi.Okay dah ready untuk dimakan.Wait wait wait..still have something i need to do.
Kalau ramen mana boleh saya tinggalkan telur mahupun udang.haaa cepat cepat saya rebus telur dan udang kerana dah tak sabar dah nak telan ramen ni.Sabar ela sabar sekejap je less than 2 minutes only.Dah  masak telur ayam dan juga udang terus letak dalam ramen cup.Ketika saya angkat ramen  dengan chopstick bukan main excited lagi.The color,the smell...it's tempting!!
Komen saya tentang  Hot Chicken Flavor Ramen adalah tersangat sedap.
Absolutely delicious!!Oh My God.1 cup for me not enough.No lie.
PEDAS?Not at all.I can finished without complain.
I will add chili if i eat it again.
Tutup dinner dengan air pepsi.








YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com