Pages

Wednesday 12 July 2017

Dinner at Dayah's House



Ni masa makan2 kat rumah Dayah(member tempet keje).Memandangkan hari tu merupakan hari bekerja maka jamuan ni dibuat pada waktu malam after maghrib.Jamuan ni dibuat saje2 dan suka2 je.Beberapa orang member yang volunteer membantu Dayah masak akan terus bergerak ke rumahnya selepas waktu keje.Sebelum tu mereka akan singgah di supermarket untuk membeli barang2 yang diperlukan.Saya?? Saya pula disebabkan jamuan ni start selepas maghrib,saya pegi pukul 8 malam.Pendek kata pegi untuk makan jer.Hehehe bertuah punye budak!
Saya pergi dengan 2 orang member tempat keje.(kira member Dayah jugak).

Ini first time kami pergi rumah Dayah terpaksa kena tengok waze,tengok jalan,tengok nama jalan.Tengok semua yang diperlukan.Kang sesat sampai ntah mana mana pula. Dengan segala bantuan waze yang tak berapa nak tunjuk jalan tu dan perbincangan sesama kami yeaahh akhirnye.....sampai gak kitaorg.Fuh lega rasa.

Bila masuk je rumah dia,taadaaaaa dah siap dah terhidang makanan.Ada mee goreng,aneka biskut,kuih muih,asam mangga dan air sarsi.Okaayy tarik nafas duk bersila daaannn...krik krik krik krik masing2 pandang je makanan.Tetiba ada rsa segan pulak.Kahkahkah.First time kan datang rumah dia.

separuh dr hidangan yg disediakan.
kami duduk jeling menjeling menunggu seseorang rasmikan makanan tapi masing m asing segan nak mulakan.kelakar pula rasa time ni.Okay takpe kita berbual dulu.After 15 minutes  datang la seorang yang baik hati tolong isikan mee goreng dalam pinggan untuk setiap tetamu.FFuuh dapat la makan.hahaa
Dayah ni ada anak perempuan sorang yang umurnye lebih kurang 2 tahun.Tapi kan uuuiiii mulut dia tak diam..pot pet pot pet duk bercakap dalam bahasa dia.Ada yang kami paham dan ada juga yang kami tak paham.Nampak sangat dia begitu gembira malam tu.Ramai yang melayan kerenah dan celoteh dia yang menghiburkan.

Jam dah dekat pukul 11malam.Terasa malas pula nak balik.Masing masing perut pun dah kenyang rasa nak tido je terus kat citu.Walau apa pun kami tetap perlu buat keputusan untuk balik ke rumah kerana sudah lewat malam.
Tapi sebelum balik kena la kemas dan cuci dulu pinggan mangkuk.Sian Dayah penat penat dia masak takkan nak bagi dia kemas sorang sorang pula.hehe
asam mangga

Tq Dayah jemput kitaorg.
Tq Dayah sudi jemput saya.
Tq Dayah sudi masak utk kitaorg.
Tq Dayah sudi masak utk sayaaaa...
❤❤❤❤❤❤






Monday 10 July 2017

Mix Salad


While i m watching korean drama Scarlet Heart Ryeo i remembered that i was bought a lemon,potato,purple cabbage and carrot a few days ago at Tesco.
So saya pergi ke kitchen,bukak peti ais keluarkan  lemon,potato,chicken nugget,egg,sausage,purple cabbage,green cabbage,carrot & tomato cherry 😄.

Maka,bermula lah ketung ketang kat dapur di tengah tengah malam.Maaf la ya kepada jiran jiran saya jika terdengar bunyi bising malam2 ni.

Apa yang saya buat dengan semua barang  ni ialah saya rebus dulu telur dan potato.Kalau nak cepat masak potato tu boleh potong kecik2.kemudian saya goreng sosej dan chicken nugget yang di potong dengan sedikit olive oil about 2 minit dalam kuali.
Tumis bawang bersama2 nugget dan sosej.Masukkan potato.Matikan api dan angkat letak dalam pinggan.

Potong kubis,carrot,tomato ceri.Telur rebus tadi dikupas kulitnya kemudian dibelah empat.Campur kesemuanya bersama2 dengan sosej,nugget dan potato.
Utk seasoning sy tabur black pepper powder,salt,perahan lemon dan olive oil.Gaul kesemua sebati.

Ok siap letak dlm bekas/pinggan.

For the first time in my life i put the plate on my keyboard while watching drama/film and eating it in my room!! The feeling..sooo coolll....hahahahaha













Sunday 2 July 2017

Pasar Karat dan Hati Ayam Goreng Kicap

Assalamualaikum

Pagi ni awal2 lagi singgah kat pasar karat seksyen 13 Shah Alam berhampiran stadium Shah Alam dan Stesen Bas Ekspres.Jam menunjukkan pukul 7.20am so masih banyak gerai yang belum dibuka kecuali bahagian menjual bahan basah/dapur dan gerai2 makan yang sudah menerima pelanggan.

Saya singgah di salah satu gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi kerabu,nasi lemak dan nasi dagang.Saya order nasi dagang gulai ikan tongkol rm5.50.

Nampak menyelerakan sy tapi apabila disuap ke dalam mulut saya ,rasa nasi dagang dia ermmmm boleh la.Bagi saya tak rasa macam nasi dagang sangat.Macam makan nasi putih dengan gulai ikan rasa dia.Lagi satu gulai ikan tongkol pun tak berapa nak cukup rasa.Cam tawar jeeee.Rasa menyesal pun ada la jugak tapi dah terbeli nak wat camner iya dok? Makan je la walaupun terkulat2 nak habiskan.
Dah habis makan saya mulakan sesi ronda2 di kawasan yang menjual barang basah.Saya tengok ikan,ayam udang dan daging kt cini memang fresh dan harga pun berpatutan.Semua jenis sayuran boleh dapat di sini.Bagi penggemar ulam ulaman pula saya cadangkan datang la ke pasar karat sek 13 Stadium Shah Alam.Pelbagai jenis ulam boleh didapati di sini.Jering,petai,kerdas,kacang botol,pisang muda,pegaga,ulam raja,tenggek burung,pucuk ubi dan banyak lagi.Memang tak rugi kalau datang sini.

Pagi ni saya baru sampi dari kampung setelah cuti raya yang panjang.Seronoknyeee rasa.Hahaha..haiii kalau la boleh sambung lagi cuti.Bestnyeee.Sebelum tu saya singgah dulu di pasar karat Shah Alam kerana sebelum sampai rumah saya melalui seksyen 13 dulu.
Sampai di rumah dalam pukul 10 pagi,saya kemas2 dulu rumah sambil menunggu tibanya waktu tengahari.Lagipun saya dah breakfast di pasar karat tadi.

Pukul 12 tengahari saya mula bekerja di dapur untuk sediakan lunch for myself.Maklum lah bujang lagi kan.Saya ambil hati ayam yang dibeli tadi dipotong potong sederhana,dicuci sampai bersih,gaul dengan garam dan kunyit dan dibiarkan sekejap.Sementara tu saya potong kacang panjang,bawang merah,bawang kuning dan cili api.
Goreng hati dulu bagi masak then boleh masukkan semua bahan2 yang dipotong.Goreng lagi dalam 2 minit dan yang terakhir masukkan kacang panjang,cili dan juga kicap.Apabila sayur masak boleh la dihidangkan bersama nasi putih.



YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com