Pages

Tuesday 14 June 2022

Resepi Nasi Goreng Telur Dadar


Ini untuk hidangan seorang makan ya.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng 
*Nasi semangkuk kecil
*Kacang panjang dihiris
*Bawang merah bombay 3 ulas dihiris
*Bawang putih 2 ulas tumbuk pecah(kalau tak suka tak perlu letak)
*Kicap
*Sos cili
*Cili kisar@cili boh dalam 2 sudu besar
*Udang 2 ekor (boleh diganti lauk lain dan kalau takde pun takpe)

Telur Dadar
*Telur sebiji
*Garam sedikit

Hiasan
*Daun bawang dipotong
*Timun batang dihiris
*Bijan ditabur
*Limau nipis dibelah dua


Cara - caranya
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan udang,sos cili dan kicap,gaul semuanya dalam seminit.
4.Masukkan nasi dan kacang panjang.
5.Gaul sehingga sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.

Cara buat telur dadar pula simple sahaja.Pecahkan telur dan pukul bersama secubit garam.Panaskan minyak dan tuang telur.Masak boleh la diangkat dan dihidangkan besama nasi.
Jangan lupa hiasan sayur tu ya.Walau namanya hiasan janganlah hias semata mata.Makan ya.
Selamat mencuba.







No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com