Pages

Sunday 28 August 2022

Sup Daging Ala Ala Thai

                        SUP DAGING

Bahan - bahan
_Daging 200g-300g
_Perencah Sup Daging 3 sudu
_Halia 2 Inci - tumbuk pecah
_Serai Sebatang - tumbuk pecah
_Daun Ketumbar 
_Daun Sup
_Lobak Merah Sebatang
_Kulit Kayu Manis 2-3 Inci
_Bunga Lawang 1
_Sup Bunjut
_Limau Nipis
_Goji Beri
_Cili Padi
_Minyak Masak
_Garam
_Gula

Bahan Kisar
_Bawang Putih 4 Ulas.
_Bawang Merah Seulas (yang besar)
*Kalau taknak kisar hiris pun blh.

Cara Memasak
1.Rebus daging sampai empuk.
2.Bila air daging dah kering masukkan sedikit minyak masak.
3.Kemudian masukkan bahan kisar,akar ketumbar,serai dan halia yang ditumbuk pecah,kulit kayu manis dan bunga lawang.
4.Apabila naik bau masukkan perencah sup dan tambahkan sedikit air.
5.Gaul sehingga pecah minyak.
6.Masukkan air seberapa yang diinginkan(kuah).
7.Masukkan sup bunjut dan tunggu hingga mendidih.Apabila mendidih masukkan lobak merah,garam dan gula secukup rasa.
7.Apabila sayur dah masak boleh la tutup api dan dihidangkan panas-panas.

Tabur hirisan daun bawang,hirisan daun ketumbar dan cili potong serta goji beri.Perah limau nipis.Siap.

Saya biasanya suka letak lobak merah dan lobak putih tapi lobak putih tiada.
Kalau ada daun bawang dan leek boleh masukkan sekali.Rasanya akan lebih sedap.
Kalau korang suka tomato boleh letak sebelum tutup api.

Thursday 28 July 2022

Masak Lemak Daun Ubi Keledek



Resepi Masak Lemak Daun Ubi Keledek

Bahan bahan
- Daun ubi keledek
- Cili Hijau
- Lobak merah
- Santan
- Bawang merah
- Lada hitam
- Gula
- Garam
- Kunyit

Cara memasaknya
1 - Potong daun ubi dan lobak merah.Jika tak nak lobak merah pun tak apa.
3 - Masukkan sayur yang dipotong di dalam periuk bersama santan,sedikit gula dan garam,cili hijau sebab saya takde cili lain masa ni.(cili padi lebih baik) serta sedikit serbuk kunyit.
2 - Tumbuk 3 ulas bawang merah india bersama dengan sedikit lada hitam masukkan ke dalam periuk.
3 - Masak semuanya sehingga masak.Pastikan kerap kacau untuk elakkan santan berketul.
4 - Dah masak boleh la tutup api dapur ya.Senang je kan?


Tuesday 14 June 2022

Resepi Nasi Goreng Telur Dadar


Ini untuk hidangan seorang makan ya.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng 
*Nasi semangkuk kecil
*Kacang panjang dihiris
*Bawang merah bombay 3 ulas dihiris
*Bawang putih 2 ulas tumbuk pecah(kalau tak suka tak perlu letak)
*Kicap
*Sos cili
*Cili kisar@cili boh dalam 2 sudu besar
*Udang 2 ekor (boleh diganti lauk lain dan kalau takde pun takpe)

Telur Dadar
*Telur sebiji
*Garam sedikit

Hiasan
*Daun bawang dipotong
*Timun batang dihiris
*Bijan ditabur
*Limau nipis dibelah dua


Cara - caranya
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan udang,sos cili dan kicap,gaul semuanya dalam seminit.
4.Masukkan nasi dan kacang panjang.
5.Gaul sehingga sebati dan perasakan dengan garam secukupnya.

Cara buat telur dadar pula simple sahaja.Pecahkan telur dan pukul bersama secubit garam.Panaskan minyak dan tuang telur.Masak boleh la diangkat dan dihidangkan besama nasi.
Jangan lupa hiasan sayur tu ya.Walau namanya hiasan janganlah hias semata mata.Makan ya.
Selamat mencuba.







Sunday 12 June 2022

Air Halia

Air halia bukanlah minuman asing bagi kita namun tak semua orang sukakannya.Namun air halia sangatlah bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan.Nak tau cara buat air halia yang sedap..haa jom cuba resepi kat bawah ni.

*Air 2 cawan
*Halia satu inci
*Madu 2 sudu 
*Lemon separuh

1-Buang kulit halia dan hiris nipis-nipis.Rebus hirisan halia bersama dua cawan air.Bila air dah tinggal separuh dalam secawan gitu tutup api.
2-Perah lemon tadi dalam air rebusan halia dan kacau bersama dengan madu.Guna sudu kayu ya untuk kacau.
3-Tuang dalam cawan dan siap.Boleh terus minum atau biarkan sejuk.

Kalau nak manis sikit boleh lebihkan madu.


YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com