Jeng jeng jeng,tiba2 wujud setelah lama menyepi sepanjang covid19 yang banyak memberi cabaran kepada seluruh dunia sejak November 2019 dan semakin parah apabila masuk tahun 2020.Kini kita telah masuk tahun 2021 namun tiada tanda tanda covid19 ni nak berlalu dari hidup kita.PKP di Malaysia bermula pada March 2020 dimana semua rakyat diminta kuarantinkan diri di rumah masing masing.Blog saya ni pun ikut kuarantin sekali.
Okay hari ni saya bukan nak bercerita tentang covid19 tapi saya nak share satu resepi iaitu Maggi Pedas Giler..Kalau nak tau saya ni penggemar Maggi & Mamee berperisa kari tapi saya lebih suka berkuah berbanding digoreng.Kalau.Maggi Pedas Giler ni sepatutnya digoreng tapi saya jadikannya ada kuah.
- Maggi Pedas Giler 1 bungkus.
- Sayur.Saya guna bayam.
- 2 ulas bawang putih - tumbuk pecah
- Asam Limau
- Daun bawang
- Cili Merah/Cili Padi
- Telur ayam sebiji
- Minyak masak 1 sudu besar
cara memasak :
- Panaskan minyak dalam periuk @ kuali.
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan air agak agak tenggelam maggi
- Apabila air mendidih,kacau secara pusingan jam dengan laju dan pecah telur ayam.Biarkan jangan kacau untuk hasilkan telur carak.
- Bila telur bahagian luar bertukar putih angkat dan ketepikan.Jangan tutup api dapur.Telur hanya masak sekejap sahaja supaya bahagian dalamnya separuh masak.Kalau tak suka telur masak separuh biarkan je sampai telur masak sepenuhnya.
- Masukkan sayur bayam dan cili yang telah dipotong tadi di dalam periuk yang sama.
- Masukkan Maggi Pedas Giler.
- Masukkan perencah Maggi Sedap Giler.Kacau.
- Biarkan dalam 2-3 minit.Tutup api dapur.
Letak telur carak tadi,asam limau dan daun bawang yang dipotong.Siap.
No comments:
Post a Comment