Bahan bahan untuk 3 @ 4 orang makan.
·
½ sayur kubis
– dipotong
·
2 batang terung – dibelah empat
·
Kacang
panjang – dipotong
·
3 ulas bawang merah – ditumbuk
· 1 labu bawang kuning – dibelah empat
·
2 sudu kecil Lada hitam – ditumbuk
·
½ santan
kotak kecil
·
2 cawan air putih (air paip je)
· 5 tangkai cili merah
·
Garam
·
Gula
Cara memasak
1.
Tumbuk bawang merah bersama lada hitam.Jika guna
serbuk lada hitam tumbuk bawang merah sahaja dan masukkan serbuk lada hitam
kemudian.
2.
Masukkan bawang merah dan lada hitam yang telah
ditumbuk,sayur kubis,terung ,kacang panjang ,air putih,santan,bawang kuning dan cili ke dalam periuk.
3.
Masak di atas api yang sederhana dan sentiasa
kacau bagi mengelakkan santan dari berketul.
4.
Apabila sayur telah hampir masak masukkan garam
dan gula secukup rasa.
5.
Biarkan mendidih dan apabila masak boleh la
tutup api dapur.
Nota
§
Kamu boleh gantikan apa saja sayur yang kamu
inginkan jika kamu tidak gemarkan sayur yang saya gunakan.
§
Kalau kamu mempunyai cii hijau/merah yang besar,belah dua dan masukkannya sekali dalam
masakan.
§ Jika nak lebih sedap boleh letak isi ikan.Caranya tumbuk isi ikan mentah bersama bawang merah dan lada hitam
sehingga isi ikan hancur.Teruskan dengan langkah no 2,3,4 dan 5.
Saya adalah orang yang simple di dapur.Apa yang ada di
dapur itulah yang akan saya gunakan.
No comments:
Post a Comment