Bahan bahan Asas
- · Perencah tomyam
- · Seinci lengkuas - tumbuk pecah
- · Sebatang serai - tumbukpecah
- · Bawang putih 6 ulas – tumbuk pecah
- · selabu bawang kuning – dihiris atau dipotong labu
- · Sos cili
- · Garam
- · Daun limau purut
Sayur-sayuran
- · Lobak merah - dipotong
- · Bunga kubis - dipotong
- · Batang saderi - dipotong
- · Cili api – tumbuk pecah
*Telur ayam jika nak
*boleh tambah sayur cendawan dan anak jagung jika ada.
Cara cara membuatnya
1.
Masukkan bahan-bahan asas ke dalam periuk kecuali sos cili,daun limau purut dan garam.
2.
Bubuh air ke dalam periuk sebanyak mana
diperlukan bergantung sebanyak mana kuah tomyam yang diinginkan.
3.
Masak sehingga mendidih kemudian masukkan sedikit sos cili.Kacau sekejap dan biarkan
mendidih.
4.
Akhir sekali masukkan daun limau purut yang
telah dicarik,garam dan kesemua sayur.
5.
Perah air limau nipis bagi ada rasa masam dalam
tomyam.
6.
Tutup api dapur dan Siap.
Dah tutup api saya pecahkan sebiji telur ayam dan biarkannya seketika
dalam tomyam yang masih panas.tujuannya saya nak telur tu masak separuh je.
Kamu boleh juga hidangkan tomyam sayur ni dengan telur dadar jika suka.
No comments:
Post a Comment