Pages

Tuesday, 20 June 2017

Nasi Goreng Simple

Nasi goreng simple saya buat last week.Masa ni kena jaga anak2 buah yang berusia 2 tahun hingga 4 tahun.Semuanya 5 orang.Pening jugak la.Hahaha.Tapi takpe ini bukan kali pertama menguruskan kanak-kanak.
Pagi-pagi lagi saya dah bawak diorang pergi main kat taman permainan belakang kawasan rumah.Masa tu saya lupa bawa duit jadi tak dapat nak beli makanan dan minuman.Bila dah lama mereka bermain mereka mula mengadu nak air.Aduiii duit pula tak bawa terpaksa la balik awal.Dah sampai rumah mereka lapar pula nak makan.Jadi saya ambil keputusan nak masak sesuatu yang simple bagi menjimatkan masa.
Adakah nak buat lempeng?Atau pergi je beli roti sekejap sebab kedai pun tak jauh.Tengah pikir2 tu tangan saya sibuk buka peti,buka kabinet dapur dan buka periuk atas dapur.Tadaaaa,fuuhh nasib ada baki nasi putih awal pagi tadi.Cukup untuk mereka berlima.Nak buat lauk tak boleh sebab ayam dan ikan masih dalam peti kat tenpat beku.
Saya fikir baik goreng je nasi ni memandangkan masing2 sudah lapar kerana bermain tadi.
okey ni bahan2 nasi goreng saya yang simple ni,
  • bawang merah 2 ulas (ditumbuk@dihiris)
  • kicap 
  • garam
  • nasi
  • kacang panjang (potong pendek)
  • telur

  1. tumis bawang merah sampai naik bau,pecahkan telur kacau ,taruk kacang panjang dan nasi.
  2. Gaul sekejap.tambah garam dan kicap kemudian gaul sebati.
  3. Siap.simple je kan?

Seronok tengok budak2 ni makan.Sedap katanya.hahaha Kembang la jgak hidung ni bila mereka kata sedap dan suka sangat.Sengih sampai ke telinga.Mereka nak lagi tapi saya kata nasi dah habis.Mereka minta saya buat lagi jika saya datang rumah mereka lain kali.
Apa yang menarik pinggan masing masing licin sehinggakan sayur pun tak  terkecuali.hehehe.Waah!!


No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com