Pages

Tuesday, 20 June 2017

Nasi Goreng Simple

Nasi goreng simple saya buat last week.Masa ni kena jaga anak2 buah yang berusia 2 tahun hingga 4 tahun.Semuanya 5 orang.Pening jugak la.Hahaha.Tapi takpe ini bukan kali pertama menguruskan kanak-kanak.
Pagi-pagi lagi saya dah bawak diorang pergi main kat taman permainan belakang kawasan rumah.Masa tu saya lupa bawa duit jadi tak dapat nak beli makanan dan minuman.Bila dah lama mereka bermain mereka mula mengadu nak air.Aduiii duit pula tak bawa terpaksa la balik awal.Dah sampai rumah mereka lapar pula nak makan.Jadi saya ambil keputusan nak masak sesuatu yang simple bagi menjimatkan masa.
Adakah nak buat lempeng?Atau pergi je beli roti sekejap sebab kedai pun tak jauh.Tengah pikir2 tu tangan saya sibuk buka peti,buka kabinet dapur dan buka periuk atas dapur.Tadaaaa,fuuhh nasib ada baki nasi putih awal pagi tadi.Cukup untuk mereka berlima.Nak buat lauk tak boleh sebab ayam dan ikan masih dalam peti kat tenpat beku.
Saya fikir baik goreng je nasi ni memandangkan masing2 sudah lapar kerana bermain tadi.
okey ni bahan2 nasi goreng saya yang simple ni,
  • bawang merah 2 ulas (ditumbuk@dihiris)
  • kicap 
  • garam
  • nasi
  • kacang panjang (potong pendek)
  • telur

  1. tumis bawang merah sampai naik bau,pecahkan telur kacau ,taruk kacang panjang dan nasi.
  2. Gaul sekejap.tambah garam dan kicap kemudian gaul sebati.
  3. Siap.simple je kan?

Seronok tengok budak2 ni makan.Sedap katanya.hahaha Kembang la jgak hidung ni bila mereka kata sedap dan suka sangat.Sengih sampai ke telinga.Mereka nak lagi tapi saya kata nasi dah habis.Mereka minta saya buat lagi jika saya datang rumah mereka lain kali.
Apa yang menarik pinggan masing masing licin sehinggakan sayur pun tak  terkecuali.hehehe.Waah!!


Friday, 16 June 2017

Mee Celup Kelantan

Mee celup / Bihun Celup / Kuetiew Celup/Campur

Bagi rakyat kelantan makanan ni sememangnya menjadi  kegilaaan mereka.Tidak kira lah tua ke,muda ke,budak lagi ke,laki perempuan smua suka.Jika merantau ke negeri orang pun still jugak nak cari mende ni.Tp di negeri lain agak susah nak jumpa,kalau ada pun rasanya tak sama seperti di Kelantan.Makanan ni juga banyak dijual di negara thai/Siam.Mee celup ni sekali pandang memang macam mee sup tapi hakikatnye tak sama.Nampak serupa tapi sebenarnya tak sama.Cheewah!
bihun celup 
Rasanya pula memang ummpppphhh..rasa masam,masin,manis dan pedas yang dicampur dengan sebati.memberikan rasa yang seimbang.Bagi kebanyakan rakyat Kelantan apabila mereka makan mee celup ni merek lebih suka menambah rasa agar rasa tu lebih terasa dan sedap mengikut selera masing2.Biasanya jika makan di kedai mee celup segala perasa yang diperlukan sudah tersedia ada di atas meja.Antara penambah selera yang disediakan seperti garam,gula,cili serbuk,cili jeruk,cuka dan kicap.Anda hanya perlu tambah apa yang anda mahukan mengikut selera masing2.Macam saya lebih suka kepada pedas dan masam,so saya akan taruk cili jeruk banyak2 and cili sebuk bagi pedas.
Setiap mee ceup mempunyai sayur yang berbeza bergantung kepada penjual.Ada sesetengah kedai menggunakan sayur kangkung  dan sesetengahnya pula menggunakan taugeh.Lauk pula sama ada menggunakan daging atau ayam atau perut ataupun kombinasi semua.Kalau anda bukan pengemar sayur,perut atau daging boleh bagitau pekerja di kedai tersebut.
bihun celup

Dengan rasa pedas,masam,manis,masin dan di makan panas2 sejujurnya semangkuk memang tak cukup,.Jujur saya pernah order 2 mangkuk! Pastu bungkus lagi 1 untuk makan kat rumah.Arrghhh peduli la.bukan senang nak jumpa bende ni kat negeri lain.kat Kelantan bukan setakat berlambak kedai mee celup bahkan rasa sebenar benar mee celup juga hanya di Kelantan dan Thai sahaja.



Soal harga pula tak perlu risau.Di  kelantan harga mee celup semangkuk/sebungkus hanyalah Rm3 manakala air rm1 segelas.Kalau dulu hanya bayar rm2 sahaja semangkuk dengan air manis Rm0.50 segelas.(sirap bandung,jagung,oren).Manakala air kosong adalah percuma.
kuetiew celup (gbr hiasan)






Sunday, 11 June 2017

Ayam Penyet Wong Solo

ayam penyet wong solo










Assalamualaikum

Pernah makan ayam penyet wong solo? kalau belum boleh cuba pergi makan.Ayam penyet Wong Solo memang terbaik bagi saya.Gambar kat atas tu masa saya makan di seksyen 7 Shah Alam dekat je dengan stesen petronas.
Hari2 kedai ni mmg penuh dengan orang.kekadang kalau datang cini memang kena tunggu meja kosong baru bleh masuk.
Ayam bakar pun ada tapi saya lebih suka pilih ayam penyet. Rupanya sama saja cuma yang membezakan ayam bakar adalah ayamnya dipanggang manakala ayam penyet pula ayam berempah  yang digoreng.Ayam penyet wong solo memang berbeza kalau nak dbandingkan dengan ayam penyet yg lain. Dari segi rasa nasi dia,rasa ayam dia,sambal dia ..fuuhhh terbaiklah!

haaa lagi 1 pasal air yg dijual di sini susah nak jumpa di kedai ayam penyet yang lain especially air Alpukat(avakado + chocolate).Air ni limited punya.Biasanya tiap kali saya datang mesti air ni dah habis di jual.ermmm
Air soda gembira pun kesukaan sy.So air ni lah yg sentiasa order memandangkan tiap kali pegi asyik xde je alpukat tu.

*parking cni mmg agak ssh sebab org sentiasa ramai so kena park jauh ckit dr kedai.seksyen 7 mmg sentiasa bz.kalau nasib baik leh park depan wong solo.


YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © 2025. Designed by MaisarahSidi.com