Pages

Monday 7 January 2019

Bubur Nasi Manis Bersayur


Masa makan bubur nasi ni tiba-tiba rasa sedap pulak.Saya pun tak sangka juga boleh sedap macam ni.Aik angkat bakul sendiri nampak.Hehe.Dah sedap tu mesti la nak share kan kot-kot korang nak cuba buat nanti.Kat bawah ni saya kongsikan resepinya

Beras satu cawan kecil
Air putih 
Bawang merah
Bawang putih
Halia satu inci
Sebatang serai
Brokoli
Carrot
Isi ayam
Santan
Gula
Garam
Minyak masak

Cara Membuatnya
Cuci beras dulu sampai bersih,lepas tu letak air putih.Saya bubuh air dua cawan dulu sebab periuk kecik.Nanti melimpah pula atas dapur.cara masak dia masak macam nak masak nasi.Cuma sekali sekala tu perlu kacau.Takut nanti bergerak.
Bila air dah nak kering tambah lagi air dan kacau.
Lepas tu masukkan halia dan serai yang telah ditumbuk pecah.Saya nasihatkan hiris halia nipis-nipis supaya senang nak makan halia bersama bubur.Halia sangat bagus untuk buang angin dalam badan.
Sekiranya air hampir kering dan nasi belum hancur boleh tambah lagi air putih.

Apabila nasi dah nampak tanda-tanda dah nak jadi nasi air,masukkan isi ayam dan santan.Santan tu masuk sikit je dan gaul sebati dengan nasi air tadi.Pastikan tidak terlalu pekat ya ketika ini.
Last sekali masukkan sayur yang dipotong,garam dan gula.Berapa banyak nak masukkan gula bergantung kepada tahap manis masing-masing.Kalau suka manis boleh lebihkan gula.
Kacau sehingga...sehingga jadi bubur lah.
Bawang merah dan bawang putih pula dihiris atau nak tumbuk pun boleh.Kemudian tumis dengan minyak panas sehingga naik bau.Dihidang bersama dengan bubur nasi manis bersayur ketika makan.
*boleh je guna sayur apapun yang korang suka.

No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com