Masa makan bubur nasi ni tiba-tiba rasa sedap pulak.Saya pun
tak sangka juga boleh sedap macam ni.Aik angkat bakul sendiri nampak.Hehe.Dah
sedap tu mesti la nak share kan kot-kot korang nak cuba buat nanti.Kat bawah ni
saya kongsikan resepinya
Beras satu cawan kecil
Air putih
Bawang merah
Bawang putih
Halia satu inci
Sebatang serai
Brokoli
Carrot
Isi ayam
Santan
Gula
Garam
Minyak masak
Cara Membuatnya
Cuci beras dulu sampai bersih,lepas tu letak air putih.Saya
bubuh air dua cawan dulu sebab periuk kecik.Nanti melimpah pula atas dapur.cara masak dia masak macam nak masak nasi.Cuma sekali
sekala tu perlu kacau.Takut nanti bergerak.
Bila air dah nak kering tambah lagi air dan kacau.
Lepas tu masukkan halia dan serai yang telah ditumbuk pecah.Saya nasihatkan hiris halia nipis-nipis supaya senang nak makan halia bersama bubur.Halia sangat bagus untuk buang angin dalam badan.
Sekiranya air hampir kering dan nasi belum hancur boleh tambah lagi air putih.
Apabila nasi dah nampak tanda-tanda dah nak jadi nasi air,masukkan isi ayam dan santan.Santan tu masuk sikit je dan
gaul sebati dengan nasi air tadi.Pastikan tidak terlalu pekat ya ketika ini.
Last sekali masukkan sayur yang dipotong,garam dan
gula.Berapa banyak nak masukkan gula bergantung kepada tahap manis
masing-masing.Kalau suka manis boleh lebihkan gula.
Kacau sehingga...sehingga jadi bubur lah.
Bawang merah dan bawang putih pula dihiris atau
nak tumbuk pun boleh.Kemudian tumis dengan minyak panas sehingga naik bau.Dihidang
bersama dengan bubur nasi manis bersayur ketika makan.
*boleh je guna sayur apapun yang korang suka.