Semalam pergi beraya di rumah bos kat Shah Alam.Open House ni dia buat special untuk staf-staf dia so kitorg kena la pegi.Kita orang bertolak selepas maghrib untuk elakkan bersesak kat rumah dia gara-gara masing-masing nak sembahyang.Lagi pula orang perempuan kalau keluar rumah mesti dah mekap cantik nanti rugi la pula mekap tu nanti..Jadi kami sembahyang siap-siap kat rumah.Sampai di rumah dia makanan semuanya dah terhidang tunggu kami pegi cedok je masuk pinggan.Hehe
Hidangan pertama yang saya ambil semestinya makanan kegemaran saya iaitu sate.Saya ambil tiga cucuk sate dan lima ketul nasi himpit.Nasi himpit dimakan bersama kuah kacang adalah kegemaran saya juga. Habis tiga cucuk sate saya bangun dan ambil lagi tiga cucuk sate.Hahaha.Kalau makan sate mana cukup tiga cucuk.Paling tidak pun mesti 10 cucuk.Kalau makan tanpa nasi himpit saya perlukan lebih 10 cucuk.Tapi semalam saya hanya makan enam cucuk sate sebab saya nak rasa pula lontong singapura yang bos saya masak.
Lontong yang bos kami masak boleh tahan sedapnya.Walaupun saya bukan penggemar lontong tapi saya tak nafikan rasanya sedap.Daging dendeng dan sambal ikan bilis pula begitu menaikkan selera kami semalam.Sedap sangat.Dimakan bersama lontong yang sedap bertambah tambah sedap la rasanya.Ketika kami makan ada beberapa tetamu yang lain datang jadi kami berganjak dari meja makan ke ruang tamu.
Di ruang tamu kami duduk mengadap biskut raya pula.Hahahaahaha
No comments:
Post a Comment