Pages

Sunday 4 February 2018

Resepi Mudah Buat Pancake Yang Gebu


Hari ni saya taknak buat lempeng yang biasa saya buat selama ini.Lempeng kosong yang simple iaitu tepung gandum yang dibancuh bersama dengan air masak.Boleh dimakan bersama dengan gula atau sambal ikan bilis.Kali ni saya nak buat lempeng ala-ala barat pula atau lebih tepat lagi kita panggil Pancake.
Kat bawah ni saya nak share resepi paling mudah untuk buat pancake.

bahan-bahan 
  • tepung gandum        : 1 mangkuk sederhana
  • susu rendah lemak : tuang secukupnya
  • soda bikarbonat      : 1 sudu kecil
  • gula                             : 4 sudu besar
  • garam                         : 1 sudu kecil

cara penyediaan bahan-bahannya
  1. campurkan kesemua bahan di atas iaitu tepung gandum,soda bikarbonat,gula dan garam.Gaul rata.
  2. Tuangkan susu rendah lemak ke dalam campuran tepung tadi.
  3. Seberapa banyak susu bergantung kepada kuantiti tepung gandum.Jika bancuhan korang masih  keras boleh tambah lagi susu rendah lemak sehingga bancuhan pancake tu sebati dan sedikit cair.
  4. Pastikan bancuhan tepung tidak berketul-ketul ya.
  5. Biarkan dalam 15 minit.

cara memasaknya

  •  Sediakan non-stick pan.Gunakan saiz api yang kecil.
  • Tuang bancuhan pancake tersebut ke dalam kuali mengikut saiz yang diinginkan.(Saya tidak menggunakan minyak mahupun marjerin.)
  • Kalau korang tiada kuali tahan lekat boleh guna kuali biasa je.Tapi pastikan letak sedikit marjerin terlebih dahulu bagi mengelakkan pancake melekat di kuali.Nak buat macam mana kalau dah takde takkan nak pergi beli kuali ni semata-mata nak buat lempeng ala barat ni ya tak..
  • Biarkan pancake tersebut sehingga terbentuk lubang-lubang seperti gambar di bawah.
  • Terbalikkan pancake supaya bahagian atas pula yang masak.



Taraaaaa dah siap.Saya cuma buat empat keping sahaja kerana hanya saya sorang saja yang makan.Bancuhan selebihnya saya simpan di dalam peti untuk dinner pula.Makan lempeng je lah sehari suntuk hari ni.
Untuk pancake saya,saya tuang sedikit madu di atasnya.Saje bagi nampak meleleh sikit.

Thursday 1 February 2018

Kesuntukan Masa? Sup Sayur Ringkas Menjadi Pilihan


Sup ni sebenarnya sup malas.Kenapa saya panggil sup malas sebab nak buat sup ni senang je tak payah peningkan kepala fikirkan bahan-bahan dia.Masak pun sekejap je ni sesuai la untuk orang macam saya semua nak siap dengan cepat.

Pertama sekali saya potong je segala sayur yang ada dalam peti ais.Lobak merah,brokoli dan kubis dipotong.Cili merah pun saya ambil dan potong sebab saya sukakan pedas.
Bahan asas tidak dilupakan seperti bawang kuning,bawang merah dan bawang putih.Buang kulit dan hiris.Tumis dulu semua bawang sehingga naik bau dengan satu sudu kecil je minyak masak.Jangan banyak-banyak.
Okay bila bawang dah naik bau masukkan je semua sekali sayur dan cili merah yang telah dipotong tadi.Gaul-gaul sekejap lepas tu masukkan air.Air putih ya jangan pula air sirap tak pasal-pasal merah nanti kuah tu.Kalau begitu jadi sup sayur sirap pulak kan.
Kuantiti air terpulang la kepada korang nak bubuh berapa banyak.Kalau nak kuah banyak tuang la air banyak-banyak.Cuma agak-agak la kalau nak kuah banyak pun.Jangan melimpah pula periuk yang korang gunakan.
Dah masukkan air last masukkan kiub pati ayam knorr seketul.Biarlah ia mendidih dan sekali sekala tu kacau-kacau sikit.Apabila sayur dah masak boleh la tutup api dapur.
Senang je kan?Yang nak diet boleh amalkan sup ni.hehe


YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com