Pages

Tuesday 16 January 2018

Resepi Tomyam Sayur Campur Yang Sedap



Bahan bahan Asas
  • ·         Perencah tomyam
  • ·         Seinci lengkuas - tumbuk pecah
  • ·         Sebatang serai - tumbukpecah
  • ·         Bawang putih 6 ulas – tumbuk pecah
  • ·         selabu bawang kuning – dihiris atau dipotong labu
  • ·         Sos cili
  • ·         Garam
  • ·         Daun limau purut


Sayur-sayuran
  • ·         Lobak merah - dipotong
  • ·         Bunga kubis - dipotong
  • ·         Batang saderi - dipotong
  • ·         Cili api – tumbuk pecah

*Telur ayam jika nak
*boleh tambah sayur cendawan dan anak jagung jika ada.

Cara cara membuatnya
1.       Masukkan bahan-bahan asas ke dalam periuk  kecuali sos cili,daun limau purut dan garam.
2.       Bubuh air ke dalam periuk sebanyak mana diperlukan bergantung sebanyak mana kuah  tomyam yang diinginkan.
3.       Masak sehingga mendidih kemudian masukkan  sedikit sos cili.Kacau sekejap dan biarkan mendidih.
4.       Akhir sekali masukkan daun limau purut yang telah dicarik,garam dan kesemua sayur.
5.       Perah air limau nipis bagi ada rasa masam dalam tomyam.
6.       Tutup api dapur dan Siap.

Dah tutup api saya pecahkan sebiji telur ayam dan biarkannya seketika dalam tomyam yang masih panas.tujuannya saya nak telur tu masak separuh je.
Kamu boleh juga hidangkan tomyam sayur ni dengan telur dadar jika suka.


Tuesday 9 January 2018

Chicken Grilled With Black Pepper Sauce And Rice

Delicious.Tak pernah saya makan makanan yang lazat di  mana-mana food court tapi food court di NU Sentral memberi kelainan kerana menghidangkan pelbagai hidangan lazat dan mewah.Terdapat pelbagai jenis gerai seperti Western Food,Thai Food,Yong To Fu,Vegetarian Food,Japanese Food, Sizzling and Claypot dan banyak lagi.
First time saya menikmati makanan di food court Nu Sentral dan saya mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan kerana hidangan yang disediakan semuanya kelihatan menarik.Harganya juga boleh tahan mahalnya kalau dibandingkan dengan food court di mall yang lain.Namun sepertimana yang saya katakan makanan di sini lazat dan mewah.Jadi harga disini boleh dikatakan standard price.



YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com