Pages

Monday 18 March 2019

Aiskrim Jeruk

Cuaca yang panas di Jogja amatlah sesuai sekiranya tekak dijamu dengan makanan sejuk seperti aiskrim.Mesti nikmat rasanya apabila rasa sejuk mengalir di kerongkong yang dah tahap kering kontang ni.Apa lagi singgah la sebentar di satu warung yang menjual aiskrim.Sorry lupa nama warungnya.Ini merupakan satu pengalaman dan juga rasa baru buat saya kerana ini adalah kali pertama saya makan aiskrim yang diisi bersama jeruk.
Korang pernah tak makan aiskrim jeruk ni?Kalau pernah korang  boleh la berkongsi pengalaman ini di ruang komen di bawah ya.
Rasa aiskrimnya sungguh sedap.Aiskrim ni dibuat sendiri oleh penjual dengan menggunakan buah naga(dragon fruit).Makan aiskrimnya saje rasanya sedap.Makan rojaknya saje rasanya sedap.Agak janggal rasanya apabila disuap ke dalam mulut kedua-duanya sekali.Namun apabila makan beberapa suapan rasanya mula sebati dengan lidah.Dari rasa janggal berubah kepada rasa sedap.
Jika korang berpeluang ke Jogja,jangan lupa menikmati aiskrim jeruk ini.

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com