Pages

Saturday 29 December 2018

Jalan-Jalan Cari Ambuyat.Bunyinya pelik tapi sedap

Sambungan dari http://httpsthestory.blogspot.com/2018/12/bersantai-di-bandar-seri-begawan-brunei.html
Saya jenis yang suka mecuba makanan baru.Sedap atau tidak ,saya suka atau tidak itu adalah perkara kedua.Apa yang penting saya perlu rasa dulu makanan tersebut.Kalau sedap akan bertambah senarai makanan kegemaran saya.Kalau tak sedap saya tak perlu idamkan makanan tu lagi.Kalau rasanya ok je saya tidak mempunyai masalah untuk  makan lagi next time.Kadang-kadang datang satu mood ketika saya makan.Mood dimana saya tak mampu nak habiskan makanan walaupun makanan tu sebenarnya sedap.Mood ni buat saya tak puas hati bila makanan tu tak habis.Saya benci jika mood ni wujud ketika saya hendak makan.Tetiba cite pasal mood pula.
Okay kite cite tentang makanan..pernah dengar ambuyat?Ambuyat ni cukup popular di Brunei.Boleh dikatakan ini adalah makanan seharian orang-orang di sana.Oleh kerana saya berpeluang ke Brunei maka misi memaksa member membawa saya makan makanan tradisional ini berlaku.Paksa itu perlu sebab dia tidak berminat membawa saya makan ambuyat.Kalau tak dapat makan ni tak lengkaplah percutian saya ni.
Last-last dia bawa saya pergi ke Aminah Arif Restaurant.Yes!
Restoran yang nampak mewah but don’t worry harganya berpatutan.Kami order set untuk dua orang makan.
Set for 2 person $16.00
·         Ambuyat untuk 2 orang
·         Daging urat tumis
·         Ikan goreng 2 ekor
·         Sayur kangkung belacan
·         Sambal belacan dan ulam
·         Cacah binjai
Untuk minuman kami order asing.If not my mistake just add on $1 only for drink.
Fuuh banyak betul hidangan dalam 1 set.Kami tak mampu habiskan ambuyat kerana kuantitinya yang banyak untuk kami berdua.Sayur,daging,ikan,ulam berjaya dihabiskan but untuk cacah binjai tu saya tak gemar.Sorry.Maybe lain kali saya akan sukakannya.Saya cuba lagi next time.Ambuyat adalah hidangan yang berwarna putih dalam bekas bulat tu manakala sayur dan lauk adalah pilihan masing-masing. 
You know what? I love it.Really really love it especially untuk daging urat tumis dan sayur kangkung belacan.And my bestfriend pula makan lagi banyak dari saya,katanya dia tak pernah makan ambuyat sebanyak ni.Mungkin sebab dia makan dengan saya kot sebab tu dia berselera.Hahahaha. 


Ambuyat with kangkung belacan and daging urat tumis are perfect combination.

Kangkung belacan dan daging urat tumis
cacah binjai
  
Selain dari ambuyat,di bawah ini adalah beberapa makanan yang saya makan sepanjang bercuti di sana. 

Roti canai dengan kari ayam dan teh tarik
 

Bulalo ($12) iaitu makanan yang berasal dari Filipina.Bawak balik makan kat rumah je sebab dah penat dan nak berehat.Bila tuang dalam bekas mak ai banyak giler.Sebekas besar pun tak muat.confirm tak habis.
ini dah dibahagi dua.Separuh lagi disimpan












Jollibee
Fast food pulak member bagi saya.Tapi takpe kat Malaysia saya tak jumpa ni.Layan je la

Malam-malam makan aiskrim @Ice Bar&Cafe
ini aiskrim yang dibalut tisu.Sedap.












 Dim sum@Wywy Restaurant.Kalau la keje kat sana hari2 saya makan dimsum.$2.00 only.
 

Lempeng kot.Lupa pula nama dia.Dihidang bersama dengan butter dan chocolate.Kalau nak tahu ini adalah sarapan kedua member saya.Saya tak order sebab dah kenyang dengan dimsum.Member saya dah telan mee goreng dan dimsum di restoran Wywy tapi kurus melidi camtu lah dia.

Shabu-shabu
Ini adalah restoran steamboat.terdapat banyak pilihan di sini.Ada set juga.Saya tak tahu kat mana letak gambar menu shabu-shabu ni.Takde pula dalam hp ni.
 

High Tea@The Arch Cafe.Nak high tea la pula member ni.
 

Breakfast and lunch pada hari terakhir di sana.
Western food for breakfast @Country Patch Cafe and local food for lunch @food court.Gambar breakfast tu amik dengan member.

Wednesday 5 December 2018

Makanan Padang Indonesia

Makanan Indonesia merupakan salah satu makanan kegemaran saya selain daripada makanan Thai and Chinese.Menjejak kaki saya di sini dan menikmati hidangan original Indonesia adalah saat yang dinanti-nantikan oleh saya.
Hari pertama sampi di Padang kami dibawa ke Bukit Tinggi iaitu tempat dimana kami akan stay untuk empat hari.Dalam perjalanan tu kami singgah untuk makan tengahari terlebih dahulu.Ketika dihidangkan dengan masakan padang agak terkejut jugak la kerana terlalu banyak jenis hidangan dihidangkan di depan mata.Tapi sebab masing-masing dah lapar,makan la sampai habis.

gambar hiasan

Kebanyakan hidangan Padang memenuhi citarasa saya.Masakan di sini lebih kepada masakan kampung.Ulam yang segar,gulai lemak,sambal,ikan goreng berlado,jengkol berlado dan banyak lagi.Boleh gemuk kalau hari-hari makan macam ni.Bukan sebab ada banyak lauk tapi sebab semuanya sedap.Ada satu sambal berwarna hijau mungkin menggunakan cili hijau telah memikat selera saya.Kalau tak silap orang panggil sambal ijo.Saya akan mencari resepi dan belajar membuatnya.Jengkol berlado pula merupakan buah jering yang digoreng dengan sambal.Ini juga menjadi pilihan saya
jengkol belado (gbr hiasan)
sambal ijo (gbr hiasan)
pulut berinti so cute ah.sedap.beli dekat Puncak Lawang.

ini ketika kami makan di tepi sawah padi
YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com