Pages

Friday, 22 June 2018

Spicy Yakiniku Don At Sushi King

Ini adalah salah satu makanan yang disediakan di Sushi King iaitu Spicy Yakiniku Don.Makanan ni merupakan nasi yang dihidang bersama dengan daging panggang pedas dan sayur goreng di dalam satu mangkuk.Sesuai dengan namanya yang spicy tu jadi rasanya juga agak spicy la but not too spicy for me.Apa yang best daging panggang yang spicy ni sangat sedap.
The price tidaklah terlalu mahal.Saya ambil set 3 mangkuk untuk Rm23.32 (pick any 3 dishes) dan share bersama dengan rakan saya yang lagi 2 orang.Oleh itu satu mangkuk jatuh pada harga RM7.77 seorang.Kami pick dish yang sama iaitu Spicy Yakiniku Don.

Friday, 8 June 2018

Kedai Makan Dok'tor Tomyam Pilihan Ramai


Sejak  sekian lama tidak keluar bersama-sama dengan ex housemate maka di bulan ramadhan yang mulia ini kami bersepakat untuk beriftar bersama-sama di Dok'tor Tomyam.Dok'tor Tomyam? Kenapa Dok'tor? Haaa kalau nak tau  jawapannya adalah kerana pemilik kedai makan ini merupakan seorang doktor di sebuah hospital pakar milik swasta.Doktor pun ada kedai makan kan? Biasanya seorang doktor akan membuka klinik sendiri tapi berlainan pula dengan doktor ini.Jom kita serbu kedai makan ini yang terletak di Taman Perindustrian Subang Jaya.

Ini adalah menu yang kami order.Banyak pula order maklumlah lama tak jumpa member tambah pulak puasa kan kenalah lebih sikit.Saya tak pasti berapa harga setiap menu kerana kami tidak order menggunakan buku menu dan kami sendiri pun tidak pasti samada buku menu disediakan atau tidak.Ini adalah pertama kali kami menjejakkan kaki kami di kedai ini.kami sememangnya tahu menu yang disediakan daripada kenalan yang memperkenalkan kedai ini kepada kami.Namun saya boleh bagitahu harga di sini agak murah jika nak dibandingkan dengan kedai makan yang lain.

Masakan mereka juga sedap dan banyak.Kami makan dengan penuh berselera tanpa henti.Siap tambah lagi satu kerang rebus dan milo ais.

Total kesemua yang perlu kami bayar adalah RM70.00.Apa yang kami order adalah
  1. Ikan Siakap 3 Rasa
  2. Tomyam Seafood Pok tek untuk 3 orang makan - ketam,udang,sotong,ikan
  3. Sayur Kailan Ikan Masin 
  4. Nasi Putih 3 pinggan
  5. Kerang Rebus 2 pinggan
  6. Jus tembikai 2 gelas
  7. Fresh Orange segelas
  8. Milo Ais segelas
  • Korang  rasa,murah ke mahal harga ini jika mengikut taraf hidup di kawasan kedai tersebut?
YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com